Penyanyi di Malaysia ini memang ramai tapi sukar nak jumpa yang hebat menari, yang ada pun rasanya boleh bilang dengan jari je kot.
Mungkin sebab itu apabila penyanyi, Ismail Izzani kongsi video dia berlatih menari di laman Instagramnya, mendapat perhatian netizen.
Dengan gaya bersahaja, mudah sahaja Ismail mengikut rentak tarian tersebut dan kelihatan begitu profesional sekali. Sesuai gelaran ‘Justin Bieber Malaysia’ yang diberikan kepadanya.
Melalui kapsyen, penyanyi lagu ‘Sabar’ ini seolah-olah memberikan ‘hint’ untuk lagu terbarunya.
“#LuarBiasa ‘coming soon’,” tulisnya.
Dalam pada itu, ramai netizen yang memberikan pujian terhadap tarian Ismail tersebut sampai ada yang kata ‘Kpop sangat’.
Ada juga netizen yang mengatakan sebagai penyanyi di Malaysia ini kenalah ada ‘wow factor’ untuk tarik lebih ramai peminat.
Bagaimanapun, ramai juga yang memuji koreografi tarian tersebut yang kelihatan agar sukar untuk diikuti.
MH yang lihat sendiri ‘dance move’ itu pun tahu bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah. Apa-apapum, MH tak sabar untuk lihat ‘final product’ lagu terbaru Ismail nanti.
sumber: IG Ismail Izzani