
Penyanyi Wany Hasrita ada memuat naik foto bersama bapanya, Hasbullah Haji Hassan bersempena dengan ulang tahun lelaki paling disayanginya itu.
Sambil menitipkan ucapan selamat hari jadi, penyanyi Belenggu Rindu di samping Datuk Jamal Abdillah ini juga turut mendoakan agar bapanya dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia sentiasa.
“Happy belated birthday ayah. Semoga diberikan kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat. Sayang ayah,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan emoji berbentuk hati.
Lantas, perkongsian tersebut terus mendapat peminat apabila masing-masing turut sama memberikan ucapan.
Malah ada di antara mereka juga tidak menafikan wajah Wany saling tak tumpah seperti bapanya itu.
Meski sudah pun dikongsikan beberapa hari lalu, hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun meraih lebih 61,000 tanda suka.
Foto: Instagram Wany Hasrita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Abah Pernah Marah, Sebab Aku Nak Pergi Shah Alam Naik Motor Dari Kelantan,” – Issey Dedah Memori Arwah Bapa Seminggu Sebelum Kematiannya

Hos dan penyampai radio, Issey Fazlisham ada berkongsi memori indah bersama Allahyarham bapanya, Mat Hussin Hassan Gul.
Perkongsian tersebut antara lain merakam kenangan sekitar tahun 2006 lalu, saat bintang itu baru sahaja memulakan pengajian di IPTA.
View this post on InstagramA post shared by issey (@isseyfazlisham) on
“2 March 2006. Abah pergi tinggal aku. Masa tu aku baru masuk Uitm. Abah pernah marah aku, sebab aku nak pergi Shah Alam naik motor (dari Kelantan). Aku pergi jugak. Keluar rumah aku nak salam pun dia macam marah lagi.
“Tapi, walaupun abah marah, esok tu abah call aku, dia tanya, ‘motor ok ke? Ok tak perjalanan’.
“Aku tahu, perjalanan aku dari Kb – Shah alam masa tu diiringi doa abah. Dan seminggu selepas itu, abah pergi tinggalkan kami semua. Al-fatihah abah. Mat Hussin bin Hassan Gul (1943-2006),” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata turut bersedih atas kehilangan bapanya selain turut sedekahkan al-Fatihah.
Foto: Instagram Issey Fazlisham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mak Teh Rindu Nak Masak Untuk Dia,” – Iklan Raya Saji Jentik Hati, Ada Menitis Air Mata Kenangkan Insan Yang Telah Pergi

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali hampir menjelang Hari Raya Aidilfitri, mana-mana iklan raya yang berjaya menyentuh hati orang ramai pasti mendapat perhatian meluas penonton.
Terbaru, iklan raya berjudul Mangkuk Tingkat Mak Teh yang dikongsikan menerusi laman rasmi YouTube Saji Malaysia tidak terkecuali apabila ia menjadi buah mulut ramai, hingga meraih hampir 700,000 tonton selepas beberapa hari dimuat naik.
Menerusi video berdurasi kurang 6 minit itu, Mangkuk Tingkat Mak Teh memaparkan nilai kesetiaan dan kasih sayang Mak Teh, lakonan Fatimah Abu Bakar kepada suaminya, Abang Din masih mekar meski telah meninggal dunia.
Turut sama terlibat di dalam iklan raya berkenaan ialah Bront Palarae, Sara Ali serta beberapa pelakon lainnya.
Melihat di ruangan komen, rata- rata netizen meluahkan rasa sedih dan hiba selepas menonton iklan raya tersebut.
Malah tak kurang ada menitiskan air mata sejurus menonton iklan yang diilhamkan daripada kisah benar itu.
Sumber: YouTube Saji Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kisah Benar Mengenai Diri Saya Yang Pernah Dipandang Rendah, Diejek Dan…,” – ‘Padan Muka’ Chubb-E

Memulakan langkah sebagai anak seni sejak 2014 ketika menyertai pertandingan realiti Ceria Pop Star musim kedua, penyanyi dan komposer, Chubb-E tidak menunggu lama untuk terus mengorak langkah dalam mengejar cita-cita.
Pernah menghasilkan single Aku Tak Kisah dan Kita Cuma Kawan, Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy kini muncul dengan single solo ketiga berjudul Padan Muka.
Lagu bergenre urban Hip Hop yang juga hasil ciptaan sepenuhnya itu dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei lalu dan diterbitkan di bawah syarikat rakaman FutureMusic Entertainment.
Menurut bintang berusia 20 tahun ini, lagu tersebut dihasilkan sejak Ogos tahun lalu dan lirik adalah mengenai kisah sebenar dirinya dalam mencapai impian sebagai pemuzik dan anak seni.
“Mengikut perancangan asal, lagu ini dicipta untuk saya berkolaborasi dengan penyanyi wanita asal luar negara. Masa jumpa dia, saya memang nak bekerjasama dengannya. Jadi, saya cuba cipta satu lagu yang sesuai dengan kami. Sebab itu ambil masa lama sebab nak cari nota lagu yang sesuai.
“Namun, lama kelamaan artis itu menghilang. Dalam masa sama, dia ada masalah tersendiri. Syarikat rakaman pula mendesak untuk saya keluarkan juga lagu ini dengan artis lain. Tapi, bagi saya lagu ini tak sesuai dengan penyanyi lain. Apabila fikir semula mungkin bukan rezeki saya untuk ‘feat’ dengan sesiapa. Jadi, saya keluarkan saja lagu ini secara solo.
“Lagu ini adalah kisah benar mengenai diri saya yang pernah dipandang rendah, diejek dan orang tak percaya boleh pergi jauh. Malah, kawan sekolah juga tak terlalu percaya dengan impian saya. Mereka pandang rendah dengan cita-cita saya. Sebab mereka berasakan terlalu pandai dan saya pula lemah dalam akademik.
“Tapi apabila sudah berjaya dan capai sasaran, tiba-tiba ramai datang termasuk yang pernah ejek dan pandang rendah. Dalam masa sama, orang boleh menjadikan lagu ini sebagai inspirasi dan kaitkan dalam diri masing-masing jika melalui perkara sama,” katanya.
Berkongsi mengenai lagu itu, Chubb-E yang juga bekas juara program Ceria Megastar 2018 mengakui masih mengekalkan genre muzik sama yang disifatkan sebagai ‘forte’ dan identity dirinya.
“Dari dulu saya bermula dengan genre ini yang mana ia juga ‘forte’ saya. Macam mana sekali pun bunyi saya gunakan, ‘mood’ lagu saya bawa tetap ada bunyi Hip Hop. Tak boleh lari.
“Kalau buat pop balada sekali pun, tetap akan ada sentuhan bunyi Hip Hop. Ini adalah identiti saya sebab nak dikenali sebagai artis Hip Hop yang versatil. Ada juga saya buat lagu pop untuk artis lain, tapi bunyi Hip Hop tetap ada. Jadi saya akan kekalkan muzik ini,” katanya.
Bercerita mengenai kerjaya seninya, Chubb-E yang turut terbabit dalam program Dansa Sing bersama Youngsters Crew dalam perancangan untuk menghasilkan ‘mix tape’ atau album EP yang memuatkan lagu Hip Hop rap sepenuhnya.
“Perancangan akan datang, saya nak mencipta dan menerbitkan lebih banyak lagi lagu untuk artis lain. Bagi saya, perancangan untuk berkolaborasi dengan artis lain saya rasa belum masanya. Saya nak kena cukupkan lima single solo dulu.
“Saya juga merancang nak keluarkan ‘mix tape’ atau EP yang mengandungi keseluruhan lagu rap untuk peminat saya dengar. Genre lain, saya nak cuba pelbagai lagi, tapi masih ada sentuhan bunyi Hip Hop. Saya merancang nak cipta lagu yang lain daripada lain untuk pendatang baru seperti saya. Macam sekarang ramai komposer Hip Hop terkenal.
“Cuma, saya harap dengan kehadiran saya ini orang boleh bezakan kami. Saya punya bunyi lain, mereka pun lain,” katanya.
Video muzik lirik lagu Padan Muka boleh ditonton di saluran YouTube FutureMusic Entertainment.
Video muzik lirik yang dimuat naik sejak tiga minggu lalu itu ditonton lebih 30,000 kali tontonan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI