Ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, selebriti turut memainkan peranan mereka dalam menyampaikan pesanan khidmat masyarakat.
Malah ada yang menyampaikannya dengan cara kreatif, seperti yang dilakukan pelakon, Catriona Brian Ross.
Pesanan Catriona telah menarik perhatian umum apabila dia menyampaikannya dalam loghat Kelantan.
Menerusi video berdurasi 2 minit 15 saat itu, pelakon Cintai ini menyeru orang ramai supaya membersihkan terlebih dahulu setiap barangan yang dibeli di pasar raya sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan COVID-19.
“Cuci dulu barey dari supermarket tu! Mesej penting ni adik kakok.
“Tolonglah jaga diri belako,” tulisnya di ruangan kaption.
Video yang dimuat naik di laman Instagram kemudiannya tular apabila meraih lebih 200,000 jumlah tontonan dan dihujani dengan ribuan komen.
Rata-ratanya terhibur selain turut memuji mesej yang cuba disampaikan Catt meski ia dalam cara humor.