Kalau korang masih ingat, MH pernah berkongsi kisah pelakon, Naim Daniel yang semakin meningkat naik namanya selepas filem Bisik Pada Langit malah ramai yang tidak menyangka pelakon ini juga mempunyai bakat dalam nyanyian.
Naim sering berkongsi lagu-lagu cover yang dinyanyikan olehnya menerusi Instagram dan yang paling terbaru, malam tadi dia ada berkongsi lagu cover OST filem Pengabdi Setan, Kelam Malam.
Apa yang mengejutkan dalam video nyanyian Naim itu terlintas satu kelibat putih di belakangnya ketika dia menyanyikan lirik yang berbunyi ‘ku datang menghampiri’
Fuh berdiri bulu roma MH melihat kelibat tersebut malah rata-rata pengikut Naim juga perasan dengan kelibat itu.
Menerusi sumber daripada satu portal, Naik menjelaskan bahawa dia sendiri terkejut dengan kelibat yang melintas di belakangnya dalam video tersebut.
“Sebenarnya cover lagu tu Naim dah buat dalam minggu ni cuma baru post semalam. Cover tu Naim buat untuk late night cover which is dalam pukul 11 ke 12 malam dalam empat hari lepas.
“Masa record video tu naim tak check video tu balik, just record lepastu nanti-nanti lah post dan semalam baru tergerak hati nak post dan Naim pun post.
“Lepas setengah jam post, Naim saja nak check phone lepastu nampak banyak komen yang tanya apa benda dekat belakang Naim kat sebelah kiri so Naim dengan kawan-kawan tengok balik video tu pastu kitorang terus ‘Ya Allah boleh pulak di membukan-bukan dekat belakang tu’,” katanya kepada sumber.
Kata pelakon ini lagi, sebelum ini kawan-kawan serumah yang tinggal bersamanya di rumah sewa tersebut ada juga mengalami gangguan seperti ditindih ketika tidur namun tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.
Tambah pelakon ini lagi, dia dan rakan-rakan serumahnya telah bercadang untuk membuat solat hajat di rumah sewa mereka itu.
Korang tengok sendiri video yang menjadi bualan hangat netizen ini…
Seram kan? Bagi sesiapa yang sudah menonton filem ini pasti akan berasa lebih seram dengan situasi yang dialami oleh Naim ini.
Sumber: Mstar Online