Pelakon senior, Jasmin Hamid ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Jasmin telah berkongsi foto seorang doktor yang kelihatan sedang menangis dan memberikan gambaran perasaan sedih para doktor yang gagal menyelamatkan nyawa mangsa atau pesakit.
“Perasaan para doktor ketika gagal menyelamatkan nyawa mangsa
“Jadi kita sebagai RAKYAT MALAYSIA yang bertanggungjawab untuk pulihkan kembali keadaaan WABAK ini.. Jangan hanya bergantung kepada pihak KKM.
“Mereka hanya merawat tapi kita sebagai RAKYAT MALAYSIA boleh mencegah WABAK ini dari terus menular dengan PATUH ARAHAN KERAJAAN.. Jika kita terus berdegil, TIDAK MUSTAHIL akan ramai lagi yang akan jadi KORBAN dan akan TOTAL LOCKDOWN.. .,” tulisnya.
Selain itu, pelakon berusia 47 tahun ini turut meluahkan rasa bimbang dah khuatir jika penularan wabak penyakit Covid-19 ini berlarutan sehingga bulan Ramadan dan Syawal.
“Jika keadaan ini berterusan dan semakin PARAH, umat Islam sudah pasti tidak akan dapat menyambut RAMADHAN dan AIDILFITRI seperti sebelum ni
“So mari kita PATUH ARAHAN KERAJAAN kerana kita menerima kematian setiap hari dan jangan biarkan keadaaan ini berterusan..
“Banyak-banyak berdoa dan SUJUD kepadaNya.. Mohon Allah angkat segala penyakit ini dari atas muka bumi milikNya..
#covid_19
#coronavirus #allahsebaikpelindung,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI