Covid-19: “Pergi Toilet Merangkak, Badan Macam Kena Pukul,” – Uyaina Arsyad Kena Tahan Di Hospital, Suami Kuarantin Di Rumah

Share

Saban hari, jumlah kes harian jangkitan Covid-19 dilihat semakin membimbangkan.

Setakat semalam, jumlah kes telah pun mencecah lebih 30,000.

Terbaru, pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad memaklumkan dia dan suami kini telah dilaporkan positif Covid-19.

Tambah membimbangkan, Uyaina memberitahu dirinya terpaksa ditahan di hospital selepas mengalami simptom-simptom yang agak teruk.

Bagaimanapun, suaminya yang juga merupakan rapper, Raja Syahiran hanya perlu menjalani tempoh kuarantin di rumah.

“Assalamualaikum hi guys @rajasyahiranmy dan Uyaina kami both tested positive for covid since a few days ago.

“Syahiran boleh quarantine di rumah tapi Uyaina kena tahan di ward sebab low blood pressure dan badan lemah. First time being away from my husband.

“Lain orang mungkin rasa berbeza-beza bila kena covid ni. Ada orang maybe mild symptoms.

“Tapi, my body feels sakit sangat-sangat esp during the first 2-3 days. Nak jalan pergi toilet pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul.

“Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil. Dan paling bahaya sebab dia kacau our internal organs,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, musibah seperti ini banyak mengajarnya untuk menghargai setiap waktu dan momen ketika diberikan nikmay kesihatan.

Dikesempatan itu juga, Uyaina turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan juga suami.

“Tu pun kita dah cucuk vaksin. Bayangkan orang yang tak ambik vaksin langsung? Yang anti-vax? Taktahu macam mana haywire lah badan dorang.

“I post this picture to remind myself what being healthy feels like. Dan untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah nikmat kesihatan. Kita kena jaga baik-baik.

“Stay safe everyone. Yana doakan korang tak kena covid ni esp orang-orang tua dan budak-budak sebab taktau cemana badan dorang nak terima.

“Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan covid,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Uyaina.

Sekadar informasi, Uyaina dan Syahiran baru sahaja mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 21 Disember tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Uyaina Arsyad

Published by
Aizam Manaf