Artis versatil, Nabila Huda dilaporkan telah disahkan positif Covid-19, pada Rabu lalu.
Setelah dua hari menjalani tempoh kuarantin, Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi ada berkongsi perkembangan terkini dirinya sebagai pesakit Covid-19.
Kongsi Nabila, dirinya masih mengalami gejala sakit tekat bermula semalam dan masih tidak memiliki deria rasa serta bau.
“Selamat Pagi semua! Just a little update to everyone yang i share my journey kt live malam tadi, semalam i sakit tekak, today sakit tekak tu macam dah kurang tapi dia macam ada flame pulak.
“Rasa macam ada cecair kat tekak. Im not sure it’s a good sign utk bertambah pulih or not tapi i dapat rasa my body said im gettin better. Deria bau and rasa masih takde.,” tulisnya.
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini mengharapkan agar orang mendoakan dirinya kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
“But all good. Im getting happier! Mood pun macam dah kembali normal. Taktau la kejap lagi dia kacau balik ,aku emo balik! Haha. Thank you to my beloved friends and followers for all the doa and wishes. You guys are so sweet !
“(Malam ni rasa nak spend time with you guys again on live because i think it helps untuk buat hati i happy dengan semua positive comments korang and abil boleh membebel! Membebel pun membantu jugak utk hilang kan overthinking haha!),” tulisnya lagi menerusi entri di Instagram.
Sekadar informasi, Nabila yang kini sedang menjalani tempoh kuarantin di kediamannya meluahkan rasa syukur apabila suami serta anaknya disahkan negatif wabak penyakit berkenaan.
Foto: Instagram Nabila Huda