Penyanyi, Azlan Typewriter berkongsi khabar duka apabila memaklumkan, bapanya, Sallehudin Che Ani, 68, telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Rabu setelah hampir tiga minggu bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Memetik laporan Harian Metro, Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle Sallehudin, 39, berkata, bapanya itu telah meninggal dunia kira-kira jam 4.25 minit petang selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Selayang.

Tambah menyedihkan apabila Azlan dan keluarga difahamkan tidak dapat berada di sisi arwah sebaliknya hanya melihat detik-detik akhir pemergian bapanya itu menerusi panggilan video

“Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.25 petang tadi. Saat paling menyedihkan bila saya tengok Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

“Walaupun tak dapat berada di samping arwah, tapi pihak hospital beri kebenaran kami membuat sidang video dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video itu,” katanya seperti yang dipetik.

Ads

Dalam pada itu, penyanyi lagu, Jangan Khianati Aku ini mengakui berasa reda meskipun dia tidak berkesempatan untuk menyempurnakan jenazah bapanya itu.

Covid-19: “Semua Adik Beradik Ada Dalam Sesi Itu,” – Bapa Azlan Typewriter Pergi Dijemput Illahi, Sempat ‘Video Call’ Saat Akhir Covid-19: “Semua Adik Beradik Ada Dalam Sesi Itu,” – Bapa Azlan Typewriter Pergi Dijemput Illahi, Sempat ‘Video Call’ Saat Akhir

Jelasnya lagi, pihak hospital akan menguruskan jenazah bapanya sehingga ke liang lahad mengikut prosedur operasi standard (SOP) penyakit berjangkit yang sudah ditetapkan pihak kerajaan.

Ads

“Dalam keadaan sekarang saya hanya berserah kepada ketentuan Allah SWT. Saya akur apabila tak boleh uruskan jenazah bapa kerana Covid-19.

“Apabila perkara mengejutkan sebegini, kita jadi kalut kerana tidak bersedia dugaan ini datang,” ujarnya lagi.

Covid-19: “Semua Adik Beradik Ada Dalam Sesi Itu,” – Bapa Azlan Typewriter Pergi Dijemput Illahi, Sempat ‘Video Call’ Saat Akhir Covid-19: “Semua Adik Beradik Ada Dalam Sesi Itu,” – Bapa Azlan Typewriter Pergi Dijemput Illahi, Sempat ‘Video Call’ Saat Akhir

Ads

Dikesempatan itu juga, Azlan turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang menguruskan jenazah bapanya itu.

Semalam, MH ada melaporkan mengenai perkembangan terkini bapa Azlan setakat hari Selasa.

Selain dijangkiti Covid-19, bapa kepada Azlan turut menghidap beberapa penyakit lain seperti buah pinggang dan diabetes.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI