Meski telah berusaha sebaik mungkin untuk mencegah diri daripada terkena jangkitan virus Covid-19, pelakon Sharifah Amani akhirnya turut menjadi mangsa selepas dirinya disahkan positif virus berkenaan.
Tambah malang lagi, aktres yang sinonim dengan filem Sepet ini disahkan positif selepas melakukan ujian saringan kendiri pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36, semalam.
Meski begitu, Amani atau lebih mesra disapa Nani bersyukur dirinya tidak mengalami sebarang gejala yang teruk.
“Happy 36th birthday Nanina. After avoiding Covid for so long it finally came to wish me a happy birthday.
Ads
“Syukur Alhamdulillah I’m vaccinated and boosted so my symptoms are quite mild,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nani juga ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan dirinya.
Ads
“Thank you to all you lovely people for sending your love and wishes. I’ll be back and about to annoy you guys soon enough.It’s a bummer that this is how I’m spending my birthday, we had other plans.
“But as they say, we can plan but ultimately He decides and I wouldn’t have it any other way. Syukur Alhamdulillah for another year on this earth with the ones I love the most,” tulisnya lagi menerusi hantaran yang sama di akaun Instagram.
Meraikan kehangatan musim Pilihan Raya Ke-15 (PRU15), komposer DJ Fuzz dan penyanyi rap terkenal, Waris bersatu menghasilkan sebuah lagu berjudul Ini Negara Kita, Keluarga Kita.
Meneliti bait-bait lirik lagu berkenaan, DJ Fuzz yang juga anak kepada penyampai berita RTM, Farith Ismeth Amir berkata, lagu itu lebih kepada ilham menyemarakkan rasa patriotik di kalangan pemimpin dan rakyat khusunya kepada Keluarga Malaysia.
Ia sekali gus menepis lagu berkenaan dicipta untuk tampuk pimpinan yang ketika ini masih diketuai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS).
“Lagu saya bikin dengan Waris bukan idea sesiapa atau pun mengambil cetusan untuk melobi, membodek atau mengampu pucuk pimpinan negara.
“Kalau ada yang kata lagu ini idea DSIS atau sesiapa sekalipun, mereka mungkin boleh ‘claim’.
“Tetapi apa yang lebih utama hayatilah intipati dan isi kandungan lagu ini. Lagu ini dicipta bukan untuk mana-mana parti politik. Lagu ini saya bikin untuk aspirasi Keluarga Malaysia.
Penyanyi lagu ‘jingle’ atau nada pesona itu berkata lagu berkenaan juga menjadi kerjasamanya yang lebih 100 kali dengan Waris.
Bagaimanapun kata DJ Fuzz, ini kali pertama dia dan Waris berkolaborasi menghasilkan lagu patriotik.
“Sebenarnya saya sudah hilang perkiraaan berapa kali sudah bekerjasama dengan Waris. Rasa-rasanya lebih 100kali.
“Kami mula bekerjasama sejak tahun 2012. Harus saya akui Waris sangat kreatif dan berbakat besar. Saya senang bekerjasama dengannya,” kata pemilik nama penuh, Farzwa De Attahar Emir itu lagi.
Dalam pada itu, DJ Fuzz menjelaskan lagu berkenaan adalah bergenre pop.
“Lagu bersifat universal. Begitu juga dengan lagu ini. Ia sebenarnya lebih condong kepada motivasi yang boleh menyemarakkan semangat pendengar mahupun rakyat.
“Dalam kesibukan kita ‘bergaduh’ dek pilihan raya, saya cuma mahu ingatkan bahawa kita semua sebenarnya berada di dalam satu keluarga besar.
“Pada hemat saya, Keluarga Malaysia bukan sekadar satu gagasan Kerajaan, tetapi ia adalah satu gaya hidup. Keluarga Malaysia sudah melepasi batas sempadan ideologi politik. Ia bukan hak milik mana-mana parti politik,” katanya.
DJ Fuzz, sambil memberi contoh menjelaskan, semasa Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan, DSIS hadir bersama Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun walaupun mereka daripada parti yang berbeza.
“Semangat ini yang saya ingin ingatkan kepada semua.
“Sekarang kita berbalah disebabkan perbezaan fahaman politik. Namun hakikatnya, kita semua berteduh dan mencari rezeki di bawah satu bumbung, Malaysia.
“Jangan lupa perkara itu. Semangat Keluarga Malaysia yang membawa kita keluar daripada kemelut kesihatan, ekonomi dan politik. Saya harap lagu ini disambut baik oleh semua. ‘Toksah gado-gado. Berkolai yo kojo ei. Selamat mengundi!’,” katanya.
Menerusi posting terkini milik pengacara, Haziq Husni, bintang ini ada mengimbau kenangan saat anak keduanya bernama Chayra Auliya dilahirkan.
Menurut Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni rupanya berhajat anak perempuannya itu dilahirkan pada tanggal 31 Ogos.
Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepada Haziq dan isteri lalu Chayra telah dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu.
“Masa Chayra lahir, sebenarnya daddy dah try mintak hold dkt Dr nak date 31/8. Konon nak balut baby pakai bendera Malaysia. Tp tak sempat sbb pkl 4pm 30/8 hang dah pecahkan air ketuban sape suruh? Haha.
“Dan akhirnya 534pm keluarlah seketul bakso dari perut mama. Lepas tu bermulalah episod Chayra keluar masuk hospital smp umur 6 bulan. And now Alhamdulillah.
“You’re getting better and better. Daddy doakan Chayra sihat sampai besar Chayra kuat ya. Happy birthday CHAYRA AULIYA BINTI MUHAMMAD HAZIQ IRFAN. Love you princess #PincessChayra@heidy.chayra,” tulisnya.
Popular dikalangan pencinta media sosial. Jika anda peminat kecantikan, anda pasti akan terlihat Khainina Khalil menghiasi laluan #foryoupage anda di TikTok. Bijak bergaya malah dia sering berkongsi pelbagai tip berguna terutama sekali tentang solekan dan haruman.
Khainina Khalil, seorang pempengaruh digital yang memiliki aesthetic nya yang tersendiri. Lihat sahaja laman istagram miliknya, pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa teruja. Gaya trendy yang ditampilkan anak muda yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini membuatkannya cukup terkenal di laman sosial.
Stail Pilihan Khainina Khalil?
Stail pilihan saya ialah edgy dan berani. Saya suka mencuba benda-benda baharu dan bereksperimen dengan gaya yang mungkin tidak semua orang berani untuk gayakan. Saya sukakan kelainan tetapi dalam masa yang sama tidak keterlaluan hingga boleh membuatkan saya kelihatan pelik. To be honest, it’s not to gain attention, but it is just my personality that likes trying everything new and different.
Cara ‘Maintain’ Stailo & Trendy?
Saya akan pastikan pakaian yang dipakai bersesuaian dengan diri saya dan sedap mata memandang. Selain itu, ia harus sesuai mengikut tempat dan saya akan menyuai padankan bersama tudung yang tepat agar penampilan saya tampak seimbang. Sebagai contoh, jika outfit saya biasa-biasa sahaja, saya akan lebihkan gaya tudung serta aksesori seperti gelang, beg, kasut dan sebagainya.Namun jika pakaian saya sudah ekstra, saya akan kurangkan dibahagian lain agar tampak lebih sempurna.
Ikon & Role Model Khainina Dalam Fesyen?
Semestinya Donatella Versace! Rekaan beliau cukup berani dan mempunyai signature tersendiri. Setiap tema untuk setiap koleksi yang dihasilkan sangat unik dan amat menepati citarasa saya. Every color and designs are just on fleek. Untuk designer tempatan, saya menggemari Tom Abang Saufi. Motif tradisional yang dipertaruhkan cukup berbeza dan memberikan penampilan lebih edgy.
Bagaimana Nina Jaga Kulit Agar Kekal Sihat?
Perlu kerap membasuh muka! Kulit saya jenis kering dan kadang-kadang ia cukup sensitif. Jadi saya akan pastikan muka saya tidak terdedah kepada benda-benda atau tempat kotor serta berhabuk. Pelembab juga merupakan rutin penjagaan kulit yang amat penting. Saya juga kerap memakai mask setiap ¾ kali seminggu untuk memastikan kulit sentiasa segar dan dilindungi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.