Pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah disahkan positif Covid-19.
Memetik Astro Awani, bintang bola sepak terkenal itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang simptom atau gejala wabak penyakit tersebut.
Kini, pemain bola sepak berusia 35 tahun itu sedang menjalani tempoh kuarantin.
Dalam pada itu, pelakon dan usahawan Fizo Omar turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Cristiano.
“#covidtakmengenalsiapa #shockingnews @cristiano disahkan positive #covid_19 .
“Kalau fikir logik la kan, CR ni world top player mesti di jaga rapi n bkn stakat follow SOP je, tapi setiap gerak geri dan pemakanan dijaga.
“Pegawai dan body guard kiri kna depan belakang smua kan.ye lah mana tak nya, gaji dia bernilai puluhan ribu setiap minit. satu aset yg besar utk team dan segala sponsornya.
“Tapi tu lah covid ni xkenal siapa, benda nak jadi.tapi kalau kita berjaga mungkin kuranglah risiko kita kan.
“Get well soon @cristiano ! Pasti ade hikmah utk kita semua ttg kesedaran bahayanya #covid_19 ni.,” tulisnya.
Foto: Instagram Fizo Omar, Astro Awani Online