
‘Its official,’ bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo menjadi individu pertama dunia memiliki 200 juta pengikut di laman Instagram.
Bintang Juventus itu turut berkongsi video perjalanan hidup dan kariernya dalam bola sepak dan bermula daripada zaman kecil sehingga kini.
“Wow 200 million!!! Thank you to each and every one of you for sharing this journey with me every day!!” kongsinya.
Walau bagaimanapun, Instagram tetap menduduki tangga pertama carta dengan 330 juta pengikut, manakala Ariana Grande menduduki tangga ketiga dengan 173 juta pengikut diikuti rapat Dwayne Johnson dengan 170 juta pengikut.
Foto : Instagram Cristiano Ronaldo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Very Inspiring Observing Him,” – Paling Awal Tunai Solat & Curi Masa Baca Quran, Sikap Pak Nil Didedahkan Datin Lisa Surihani Waktu Shooting

Pelakon, Datin Lisa Surihani ada mendedahkan mengenai perangai sebenar pengacara senior, Datuk Aznil Haji Nawawi sewaktu mereka sedang menjalani sesi pengambaran bersama untuk sebuah drama yang akan ditayangkan di Astro tidak lama lagi.
Jelas Lisa, Datuk Aznil akan sentiasa menjadi yang terawal untuk menunaikan solat fardhu dan dia juga akan cuba mencuri masa untuk membaca Al-Quran.
Katanya lagi, dia sebenarnya telah memerhati rutin tersebut sejak beberapa minggu yang lalu lagi.
“Datuk @aznilnawawihm is one of the actors of our production’s @yurekafilms drama series for Astro, and for the past week, I have been observing how he is.
“He is always the earliest to pray the fardhu prayers, and everyday he finds some time during Asr’ to read the Quran. It has been very inspiring observing him,” tulisnya.
Berkongsi kisah menerusi laman Instagram, isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim itu turut memaklumkan dia berasa amat terinspirasi bila mengetahui mengenai rutin harian Datuk Aznil itu.
Dalam pada itu, Lisa turut memberi tahu, dia juga sempat untuk bersembang dengan lebih mendalam bersama Datuk Aznil mengenai perjalanan hijrahnya menerusi temubual yang dikongsikan di ruangan IGTV.
“So i decided to steal a short moment with him just to ask him if he could share a little bit of his spiritual journey.
“Thank you Bapak. This means a lot to me and hope it will inspire others too. Barakallahu feekum,” kongsinya lagi.
Video berdurasi hampir 10 minit itu telah meraih hampir 400,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terinspirasi dengan perkongsian tersebut selain turut meluahkan rasa tidak sabar untuk milihat Datuk Aznil kembali berlakon.
Sumber: Instagram Datin Lisa Surihani & Datuk Aznil Hj Nawawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mira Filzah Bijak Imbang Kerjaya & Jadi Duta Produk; “Sekurang-Kurangnya Orang Akan Nampak Wajah Saya Di Tepi Jalan Atau Restoran.”

Mengakui belum kembali aktif sepenuhnya dalam bidang lakonan, namun pelakon dan pengacara Mira Filzah dilihat bijak memanfaatkan peluang yang ada dengan memberi tumpuan kerja sebagai duta kepada beberapa jenama terkenal.
Menurut Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badieozaman, 29, bergelar duta kepada sesuatu produk membuatkan namanya tidak terus hilang di mata peminat.
“Bagi saya, ini adalah salah satu cara untuk saya seimbangkan karier seni.
“Disebabkan saya masih belum kembali aktif berlakon, sekurang-kurangnya orang akan nampak wajah saya di tepi jalan, majalah atau restoran.
“Saya masih terima tawaran berlakon. Cuma saya rasa belum tiba masanya lagi untuk kembali ke set penggambaran sebab saya tahu gerak kerja dalam lakonan macam mana, ambil masa dua ke tiga bulan, kerja pagi sampai ke malam,” katanya yang mahu memastikan ada pihak yang betul-betul boleh menjaga anaknya ketika bekerja.
Mira baru-baru ini dilantik menjadi duta kepada sebuah jenama kek francais popular termasuk sudah beberapa tahun bergelar wajah kepada produk pakaian terkenal dari Jepun.
Bercerita mengenai cahaya matanya, Wan Khair Amir yang kini berusia empat bulan, Mira berkata buat masa ini masih menunggu lampu hijau daripada suami tercinta, Wan Emir Astar sebelum dapat berkongsikan wajah penuh anak mereka kepada umum.
Menurut Mira, tiada sebab untuk dirinya menyembunyikan wajah putera hatinya kerana lambat-laun orang tetap akan nampak juga.
“Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak.
“Saya tidak ada masalah untuk tunjuk wajah anak tetapi sebelum buat sebarang keputusan saya perlu berbincang dengan suami.
“Kalau sudah tiba waktu yang sesuai, kami akan paparkan wajahnya di Instagram,” katanya lagi.
Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar, 32, yang merupakan seorang arkitek pada 3 September 2020.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Yang Hidup Pasti Mati,” – Bapa Mertua Adam Corrie Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Bapa mertua kepada pelakon, Adam Corrie dimaklumkan sudah meninggal dunia, sekitar jam 6.20 petang semalam.
Berita sedih itu dikongsikan pelakon berkenaan menerusi Instagram, awal petang semalam.
“Setiap yang hidup pasti mati. Abah (bapa Mertua) Saya telah menghembus nafas terakhir pada Hari ini pada pukul 6:20ptg ni.
“Semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para pengikutnya turut memberikan ucapan takziah dan Al-Fatihah atas pemergian arwah ke rahmatullah.
Menerusi posting terdahulu, bintang ini turut memaklumkan arwah bapa mertuanya itu sudah pun menerina rawatan dialisis lebih tujuh tahun lalu.
Kongsinya lagi, mendiang bapanya juga sudah meninggal dunia sekitar sembilan tahun lalu akibat kanser hidung.
Foto: Instagram Adam Corrie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI