“Cuba La Cari Apa Beza Korang Dengan Babi…,” – Azhan Rani Bersuara, Kecewa Tindakan Remaja Buli Pakcik Tua!

Share

Tular di media sosial sejak semalam apabila sekumpulan remaja membuli seorang warga tua, Mohd Mudakir Abd Wahid yang kononnnya dianggap mahu bergurau.

Malah, video berdurasi 1 minit 24 saat yang dirakam salah seorang remaja, menimbukan kemarahan ramai gara-gara perlakuan remaja itu terhadap individu warga emas.

Ramai memberikan komen termasuk selebriti. Azhan Rani misalnya, turut meluahkan rasa ketidakpuashatinya itu di Instagram.

“Subuh ni emosi aku tergangu bila melihat video yang tengah tular di sosial media ni.. tak tergambar rasa kesal aku dengan kejadian ni. ye bukan aku tak pernah tengok orang kurang ajar dengan orang tua.. tapi ini realitii..

“Adik2ku, korang nak rasa berkuasa, nak rasa hebat, nak rasa glamour? sekarang korang dah dapat harap seronok dengan apa yang korang sendiri cipta ni, seronok memalukan diri sendiri, seronok la memalukan ibu bapa dan cikgu2 korang sendiri juga..

“Abang percaya korang semua pernah kenal apa itu ?.. sekarang cuba la cari apa beza ? dengan perbuatan korang ni? maaf abang takde perkataan lebih baik nak guna untuk gambarkan kecewa abang pada korang dalam video ni.

“Semoga Allah mengampuni dosa2 korang dan andai ada kekesalan ikhlas dalam hati korang semoga menjadi asbab untuk korang menjadi insan yang lebih mulia di masa akan datang. semoga insiden ini juga jadi peringatan besar untuk kita semua.. #anakanakkita

 ,’ tulisnya panjang lebar.

Lalu, netizen turut berasa geram dengan tindakan sekumpulan remaja tersebut yang membuli pakcik itu dengan cara menjatuhkan motor dan membaling cebisan kotak.

Bagaimanapun, salah seorang remaja itu telah ‘diajar’ oleh penduduk kampung disana.

Video : Instagram Azhan Rani

Published by
Amynur Akmal