Pelakon dan pelawak, Achey Bocey ada berkongsi sebuah video memaparkan bagaimana dia menyerahkan wang nafkah kepada isterinya, Nor Hasanah dengan caranya yang tersendiri.

Jelas Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, jika kita menunaikan perkara wajib dengan cara yang lebih menyeronokkan, kita akan rasa lebih bahagia.

“Cuba Sebaik Mungkin Jaga Milik Allah,” – Sifatkan Isteri Sebagai Pinjaman DariNya, Achey Selit Wang Nafkah Dalam Jambangan Bunga

Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu lagi, Achey dilihat memberikan sejambak bunga kepada isterinya lalu diselitkan juga dengan sampul berisi wang nafkah.

“Benda wajib kalau kita sulam dengan keindahan ianya akan buat kita bahagia menjalaninya.

Ads

“Isteri di pinjamkan Allah untuk kita di dunia. Dia hak Allah. Maka kita cuba sebaik mungkin jaga milik Allah ni,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Abang Long Fadil 2 itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

“Cuba Sebaik Mungkin Jaga Milik Allah,” – Sifatkan Isteri Sebagai Pinjaman DariNya, Achey Selit Wang Nafkah Dalam Jambangan Bunga “Cuba Sebaik Mungkin Jaga Milik Allah,” – Sifatkan Isteri Sebagai Pinjaman DariNya, Achey Selit Wang Nafkah Dalam Jambangan Bunga

Ads

Dalam pada itu, Achey turut menyifatkan para isteri merupakan amanah daripada Allah dan mereka harus dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab.

Sementara itu, Achey turut berpesan orang ramai boleh mencontohi sikap murninya itu manakala yang buruk pula jangan dijadikan ikutan.

“Yang baik korang ikut yang tak baik dari saya jangan ikut tau,” kongsinya lagi.

Ads

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Achey itu selain turut menitipkan doa semoga rumah tangga mereka akan berkekalan hingga ke jannah.

“Cuba Sebaik Mungkin Jaga Milik Allah,” – Sifatkan Isteri Sebagai Pinjaman DariNya, Achey Selit Wang Nafkah Dalam Jambangan Bunga “Cuba Sebaik Mungkin Jaga Milik Allah,” – Sifatkan Isteri Sebagai Pinjaman DariNya, Achey Selit Wang Nafkah Dalam Jambangan Bunga “Cuba Sebaik Mungkin Jaga Milik Allah,” – Sifatkan Isteri Sebagai Pinjaman DariNya, Achey Selit Wang Nafkah Dalam Jambangan Bunga

Terdahulu, Achey dan Nor Hasanah atau lebih mesra disapa Anne telah pun mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun yang lalu dan mereka juga memiliki seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah.

“Cuba Sebaik Mungkin Jaga Milik Allah,” – Sifatkan Isteri Sebagai Pinjaman DariNya, Achey Selit Wang Nafkah Dalam Jambangan Bunga “Cuba Sebaik Mungkin Jaga Milik Allah,” – Sifatkan Isteri Sebagai Pinjaman DariNya, Achey Selit Wang Nafkah Dalam Jambangan Bunga

Sumber: Instagram Achey Bocey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI