Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini meluahkan rasa kecewa selepas mendedahkan namanya didakwa telah disalah gunakan sendiket pelaburan wang haram untuk cuba memperdaya orang ramai.

Menurut Danial, dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana skim pelaburan atau saham seperti yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak di platform media sosial.

“Cukup-Cukuplah Tipu Orang,” – Nama & Gambar Diperguna Sendiket Pelaburan Haram, Danial Zaini Tekad Report Polis!

“Ada pihak yang menggunakan gambar saya tanpa kebenaran dengan membuat iklan saham pelaburan. Saya ingin tegaskan saya tidak terlibat dengan mana-mana pelaburan atau saham.

“Kepada pihak yang mengunakan gambar saya diminta delete gambar tersebut dalam masa 24jam dan laporan polis akan dibuat oleh saya dalam masa terdekat,” tulisnya.

Ads

Terbaru, menerusi sebuah posting yang dimuat naik pada petang Selasa, penyampai radio Era itu memberi tahu, dia telah pun membuat laporan polis berhubung isu berkenaan di Balai Polis, Shah Alam.

Jelas Danial lagi, individu berkenaan bukan sahaja telah menggunakan nama dan gambarnya, malah logo Bank Negara juga telah digunakan bagi mengaburi mata orang ramai.

“Cukup-Cukuplah Tipu Orang,” – Nama & Gambar Diperguna Sendiket Pelaburan Haram, Danial Zaini Tekad Report Polis!

Ads

“Hari ini saya bersama manager saya dan atas nasihat lawyer saya membuat satu laporan polis di Balai Polis Shah Alam bekenaan pengunaan gambar saya berserta logo Bank Negara dalam satu penipuan pelaburan yg diIklankan di sosial media.

“Saya harap pihak yang bertanggungjawab dalam menyebarkan penipuan ni dapat ditangkap dengan segera. Cukup-cukuplah tipu orang,” kongsinya lagi.

Malah, Danial juga turut berharap agar si pelaku bakal mendapat hukuman yang setimpal.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyifatkan tindakkan yang diambil oleh Danial itu adalah wajar selain turut menasihati pelawak tersebut agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Cukup-Cukuplah Tipu Orang,” – Nama & Gambar Diperguna Sendiket Pelaburan Haram, Danial Zaini Tekad Report Polis!

“Cukup-Cukuplah Tipu Orang,” – Nama & Gambar Diperguna Sendiket Pelaburan Haram, Danial Zaini Tekad Report Polis!Terdahulu, sendiket penipuan wang haram ini dikatakan telah memuat naik gambar Danial bersama kereta barunya kononnya mendakwa kejayaan tersebut banyak berpunca daripada aktividi-aktiviti pelaburannya sebelum ini.

Sumber: Instagram Danial Zaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI