Hubungan di antara dua vokalis rock lagenda tanah air Datuk Awie Wings dan Datuk Amy Search kini kembali jernih setelah hampir empat tahun mereka dikatakan tidak bertegur sapa.
Jelas Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar Othman, perasaan hormatnya terhadap Amy masih tinggi dan disebabkan itu, dia tidak mahu memanjangkan lagi persengketaan ini.
“Kami sudah kembali rujuk. Alhamdulillah, saya merasakan bulan ini sangat mulia dan penuh dengan kemaafan. Banyak perkara baik yang berlaku di dalam bulan ini.
“Ada pihak mengutuskan seseorang untuk berjumpa dengan saya bagi membincangkan tentang satu perjumpaan dengan Amy. Namun, saya minta waktu untuk berfikir dahulu. Maklumlah, masing-masing ada ego yang tersendiri.
“Lama-kelamaan, saya terfikir yang saya tidak mahu berlaku biadap terhadap orang yang lebih dewasa. Saya sayang Amy seperti abang sendiri dan sebagai pelopor muzik rock di Malaysia ini. Tiada orang lain boleh dapat nombor satu kecuali Amy,” katanya kepada MH.
Awie yang kini turut bergelar pengarah itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai festival muzik, Nusafest yang berlangsung di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Ads
Katanya lagi, dia dan Amy sudah pun saling bemaaf-maafan dan kini bersedia untuk membuka lembaran baharu.
“Hubungan kami dingin agak lama juga sejak Abang Yazit meninggal. Namun, saya akur sebagai orang yang lebih muda, saya pergi berjumpa dia dan bermaaf-maafan sebagai adik dan abang, sahabat dan rakan seperjuangan.
“Saya tak nak panjang cerita lagi. Makin lama, kita makin berusia dan kubur pun memanggil. Cukup-cukuplah. Jadi, saya ingin berterima kasih kepada pengaturnya daripada pihak Shiraz Projek.
Ads
“Mereka asbab kami berbaik-baik. Pahalanya besar,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Dipenjara Janji ini turut menyifat pertemuan semula dengan dua anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13, baru-baru ini menjadi asbab dia membuka matanya untuk memperbaiki hubungan dengan rakan-rakan yang kain.
“Saya ambil masa beberapa minggu juga untuk bertemu dengan Amy. Secara terus terang, saya tidak mahu berkelakuan kurang ajar kerana dalam keadaan kita marah, kita akan bercakap yang bukan-bukan.
Ads
“Jadi, saya harus berfikir panjang. Apabila saya dapat bertemu semula dengan anak-anak saya bersama bekas isteri, di situ saya mula merasakan cukuplah zaman perang-perang ini.
“Bila saya dapat memeluk dan cium kedua-dua anak saya, dari situ saya hubungi semua kawan-kawan yang pernah bergaduh, saya minta lupakan persengketaan dan berkawan semula,” akhirinya.
Terdahulu, hubungan dingin bermula apabila Amy dikatakan berkecil hati dengan kenyataan Awie yang mendakwanya mengabaikan Yazit ketika sakit.
Lantaran itu, Amy merasakan tuduhan tersebut tidak berasas dan dan hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak.
Sekadar informasi, Allahyarham Yazit disahkan meninggal dunia sekitar September 2019 akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik perjalanan seorang ibu istimewa yang tidak mempunya kedua-dua belah tangan dan kaki, jelas Datuk Seri Aliff Syukri, walaupun serba kekurangan namun itu tidak menjadi penghalang buatnya membesarkan anak-anak.
Malah, walau hanya menjual kuih di jalanan, namun itulah pengorbanan tidak ternilai seorang ibu mampu lakukan demi anak-anak tercinta.
“Mak cik di sebelah abang ni memiliki aura yang sangat hebat. Di dalam kehidupan yang beliau tempuhi ketika ini, sangatlah mencabar kerana di dalam keadaan dirinya yang sangat teristimewa kerana mak cik ini tidak mempunyai kedua belah tangan dan kedua belah kaki yang cukup sifat, beliau sanggup membesarkan kedua-dua anaknya dan sekolahkan anaknya dengan pekerjaan yang beliau lakukan.
“Hanya dengan menjual kuih muih untuk menyara kehidupannya. Sangat mahal dan sungguh besar pengorbanan seorang ibu ini. Semoga Mak cik ini dapat meneruskan kehidupan dengan sebaik mungkin dan dapat menjadi aspirasi kepada orang diluar sana. .
“Kalau korang nak tahu apakah yang berlaku dengan mak cik ini, korang boleh tengok dekat Youtube Tv Terlajak Laris,” kongsinya.
Pengarah terkenal, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo meluahkan rasa terhadap segelintir pihak produksi yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) penggambaran seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Jelasnya, perkara tersebut boleh memberikan kesan buruk terhadap industri kreatif tempatan serta menjejaskan operasi syarikat produksi yang lain.
Malah, suami kepada pelakon Sheila Rusly ini menyifatkan tindakan sedemikian sangat tidak bertanggungjawab dan menyukarkan negara mencapai kadar imuniti kelompok.
“Korang nak nganjing Tok Sidang yek! Ni bior teman nganjing kan komer pulok. Untuk artis yang tak amek vaksin, boleh Shooting dengan Production tu.
“Tok Sidang tak kisah sbb Penggambilan Vaksin TIDAK DIWAJIBKAN… itu hak komer.
“TAPI UNTOK PRODUCTION YANG AMEK DEME, KOMER AJERNYE BAJANG! PASEI KOMER TAK FOLLOW SOP, KEME LAK YANG AKAN SANGKUT NANTI!
“Nyesei tak nganjingkan teman, Dengo cite, PRODUCTION tu akan digantung lesen nye setahun…kalau le setahun, lebih pon boleh.
“so PRODUCTION tu dah boleh start reka cerite macamane nak menjawab dengan @finasmalaysia nanti… nyesei tak sekarang, nganjing teman… nganjing le lagi… Lalalala laaalallaa laaalalllaaa laaaa laa laaaaa,” tulisnya panjang lebar menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Sekadar informasi, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran terhadap SOP Fasa 1 Program Pemulihan Negara (PPN) kepada syarikat produksi untuk menjalankan pengambaran bagi mengukuhkan kembali industri kreatif tanah air.
Foto: Instagram Jinggo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menzahirkan rasa syukur, pelakon Nora Danish memaklumkan tempoh kuarantinnya selama 10 hari sudah pun selesai selepas dia dilaporkan positif Covid-19, awal Mei lalu.
Nora sebelum ini tampil membuat ujian calitan kerana difahamkan mempunyai kontak rapat individu dalam kategori C dan didapati positif wabak berkenaan meski tidak mengalami simptom jangkitan.
“Alhamdullilah gelang sudah di gunting, Terima kasih pada KKM team yg jaga saya selama 10 hari ni. Love u!
“Rumah pun sudah di sanitisekan oleh @pestparamedics, thanks alot guys!,” tulisnya.
Pelakon Bencinta itu berkongsi perkembangan dirinya itu menerusi Instagram bersama pautan video berkaitan.
“Now jom #kitajagakita. Jangan keluar rumah la bila tak penting. Saya pun dah belajar pada kesilapan lalu.
Take care everyone, & stay safe!,” tulisnya lagi pada ruangan kapsyen.
Sementara itu menerusi Insta Stories, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat sudah mula melakukan rutin kebiasaannya sebagai isteri dan ibu seperti sedia kala.
Sebelum ini selain Nora, turut sama didapati positif ialah rakan artisnya, Tiz Zaqyah.
Foto: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!