Selepas disahkan dijangkiti wabak COVID-19, pelakon Puteri Aishah yang difahamkan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh ada menitipkan ucapan buat semua pihak yang telah mendoakan kesihatannya.
Menurut Puteri, dia kini berada dalam keadaan yang baik meski cuma paru-parunya sahaja dikatakan telah dijangkiti virus.
Ucapan tersebut dikongsikan di IG Story miliknya.
“Assalamualaikum semua. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan kesihatan Puteri.
“Alhamdulillah now Puteri still okay cuma ada sedikit jangkitan virus kat paru-paru,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri turut merakamkan ucapan terima kasih buat para doktor dan jururawat yang telah menjaganya dengan baik ketika tempoh rawatan ini.
“Semua doktor and nurse kat sini very kind and helpful. Thank you so much to all of them.
“Semua yang terjadi ada hikmahnya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, bekas finalis Dewi Remaja 2015 itu turut menasihati orang ramai supaya patuh akan perintah kerajaan dan tidak memandang remeh dengan wabak yang telah merekodkan 67 kematian setakat ini.
“Puteri harap korang semua ikut perintah kerajaan to #StayAtHome and practice good hygiene.
“Please don’t take it for granted. Doakan Puteri dan pesakit yang lain speedy recovery.
“Let’s fight this together. Thank you. Love, Puteri Aishah,” kongsinya lagi.
Pelakon berusia 25 tahun itu merupakan antara enam tenaga kerja produksi drama Demi termasuk pengarah, Rahila Ali, yang disahkan positif COVID-19.
Terdahulu, produksi drama itu menjalani penggambaran di Inverness, Scotland dan hanya pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu.
Sumber: Instagram Puteri Aishah