Pelakon, Uqasha Senroe mendedahkan menerima ‘DM’ daripada seseorang yang ingin berkenalan dengannya, baru-baru ini.
Menerusi laman IG Story pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu, kelihatan seorang lelaki yang mengaku telah beristeri dan mempunyai seorang anak ingin berkawan dengannya namun tidak mempunyai motif lain.
“Assalamualaikum cik Uqasha. I don’t know wether this account is really you or someone else. So I redah jelah.
“Lately I kept having this dreams where you are in it and trust me, the dream was quite real and its PG13 not 18SX.
“Saya sebenarnya dah kahwin dan anak sorang so dont get me wrong. Kadang-kadang saya concern terlebih jadi biasanya I follow my instinct.
Ads
“I dont want to imply but lately I kept on thinking about you…memang tak best laaa kan sebab I dah kahwin. I cuma concern je.
“Okay straight to the point. Saya nak berkenalan boleh? No I dont have any hidden intentions nor nak tambah cawangan macam lelaki miang lain hahaha.
Ads
“Saya cuma ada lah sedikit rasa kasih sayang kat you ajer. Tapi kalau tak nak pun tak per at least I already tried.
“Jgn risau saya dah kawin dan saya tak sanggup jumpa tok kadi lagi sekali. Saya nak berkenalan ni sebab my gut is telling me that I really need to do this. Kawan kawan apa salahnya kan?,” tulis individu tersebut.
Ads
“Serious la? Ya ALLAH scarynya,” tulis Uqasha pula.
Wow! MH puji sikap lelaki tersebut yang berani berbuat demikian namun kalau difikirkan logik, memang agak menakutkan juga pendekatan yang digunakannya itu. Apa-apapun, semoga Uqasha lebih berhati-hati selepas ini ya mana tahu ada golongan lain pula yang mendekati.
Foto/Instagram: Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu telah mendedahkan sikap sebenar suaminya, Azman Yahya atau lebih sinonim disapa Jinggo.
Kongsi Sheila, suaminya bukanlah seorang yang romantik.
“Nak mintak CIUM pun susah Bila suami sejenis tak ROMANTIK Be like!!
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Dalam pada itu, peminat sebaliknya ada yang memuji kemesraan Sheila bersama suami yang dilihat serasi bersama.
Sheila mendirikan rumah tangga bersama pengarah Jinggo atau nama sebenarnya Azman Hj. Yahya itu dan pasangan ini telah pun dua orang cahaya mata lelaki.
Gambar : Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang ke-25, pelakon Sofea Jane ada berkongsi foto kenangannya bersama suami tercinta, Datuk Meor Azman Mohamed di Twitter.
Mendirikan rumah tangga pada 9 September 1995 lalu, pasangan tersebut hidup harmoni bahagia bersama empat orang cahaya mata.
Jarang berkongsikan sisi peribadinya sekeluarga, ternyata perkongsian yang dibuat bintang filem Sayang Salmah ini ‘memancing’ perhatian wargamaya.
Lalu, rata-ratanya mengucapkan tahniah buat Sofea dan mendoakan agar dia sekeluarga hidup bahagia sampai bila-bila.
Sehingga kini, ciapan bergambar yang dimuat naik Sofea sudah pun mendapat hampir 30,000 tanda suka bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Terdahulu, Sofea yang kini mencecah usia 48 tahun mulai dikenali menerusi beberapa barisan filem yang dilakonkan selain turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 1993.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Neelofa bertemu secara maya dengan ‘kembarnya’, Nur Afina Balqis yang sebelum ini diperkatakan ramai kerana dikatakan mempunyai wajah mirip usahawan berjaya itu selepas video Tik Toknya viral di Twitter baru-baru ini.
Diundang sebagai salah seorang artis jemputan dalam program MeleTOP, Neelofa kelihatan teruja apabila panggilan video dilakukan bersama gadis berkenaan.
“Saya tidak sedar (disamakan wajah dengan Neelofa), tetapi kawan-kawan yang sedar,” katanya sejurus ditanya hos, Nabil Ahmad.
“Dialah Neelofi sebenarnya kot, yang aku cari-cari selama ni. Mungkin boleh ganti aku kat MeleTOP,” seloroh Neelofa.
Ditanya sama ada dia punya perancangan untuk terjun dalam dunia hiburan, Afina menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa perancangan ke arah tersebut setakat ini.
“Tiada lagi perancangan untuk ‘sambung’ dalam bidang hiburan atau seumpamanya. Tapi bagi saya kalau ada rezeki, tidak salah untuk saya cuba,” katanya.
Neelofa pada masa sama menjelaskan, dia tahu mengenai perkara itu menerusi Twitter dan katanya lagi, dia turut ‘stalk’ akaun Instagram gadis terbabit selepas diperkatakan ramai.
Neelofa turut ulang kicau kembali video berkenaan sambil menyifatkan gadis berkenaan lebih cantik.
Terdahulu, kanak-kanak cilik berusia lima tahun yang dikenali sebagai Naura Auni mencetuskan sensasi di internet kerana dikatakan mempunyai iras wajah figura asal Pasir Mas, Kelantan itu.
Malah, Naura yang sinonim dengan jolokan ‘Mini Neelofa’ secara eksklusif turut diundang ke set MeleTOP untuk ditemubual bersama-sama Neelofa dan Nabil Ahmad.
Ikuti sesi penuh bersama MeleTOP dan Afina di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Hollywood kehilangan satu lagi bintang lagenda apabila pelakon terkenal Val Kilmer dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 65 tahun.Menerusi laporan eksklusif oleh...