
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang kini giat membina kerjaya di negara seberang turut terkesan dengan nasib mangsa banjir yang berlaku di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Lalu, pelakon berusia 27 tahun ini menitipkan doa buat mangsa banjir di kota besar serta kawasan sekitar agar terus tabah dalam menghadapi dugaan.
“Salam takziah buat teman2 di Jakarta & sekitarnya. Yana cuma boleh doa dari jauh buat kesejahteraan kalian.
“Adakah keadaan banjirnya masih parah sehingga sekarang? #prayforjakarta,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen turut mendoakan agar mangsa banjir dalam keadaan selamat dan baik.
Sekadar informasi, ibu negara Indonesia itu dilanda banjir semenjak 4 hari yang lalu dan telah menjejaskan kira-kira 30 juta penduduk daripada beberapa daerah di Jakarta.
Video: Instagram Uyaina Arshaad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Kuat Tengok Kamu Macam Tu,” – Pilu! Tunang Anggota Bomba Parah Di Lokasi Ketika Rusuhan Rayu Doa Rakyat Malaysia, Dah Rancang Kahwin

Semalam, negara digemparkan dengan insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.
Insiden hitam itu telah menyebabkan ada harta rosak, termasuk kecederaan seorang anggota bomba, Mohammad Adib Kasim yang dilaporkan patah tulang rusuk ketika kejadian berlaku.
Sejurus insiden tersebut, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Subang Jaya Medical Centre dan kini difahamkan telah ditempatkan di unit rawatan rapi.
Perkhabaran tersebut telah mengundang rasa sayu di hati tunangnya, Nurul Najihah yang dikatakan sudah merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.
“Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib. Doakan tunang saya. Tak kuat tengok kamu macam tu,” tulisnya.
Pada masa sama, Najihah memohon kepada orang ramai supaya mendoakan tunangnya itu segera sedar dan pulih seperti biasa.
Dalam pada itu, dia turut meminta supaya netizen berhenti daripada membuat spekulasi yang boleh memburukkan keadaan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan insiden tersebut selain turut menitipkan doa buat tunang Najihah itu.
MH doakan semoga Adib segera sedarkan diri dan sembuh seperti sedia kala.
Foto: Facebook Nurul Najihah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lirik Lagu Ini Tidak Sepenuhnya Mengenai Perjalanan Hidup Saya,” – Bella Astillah

Mungkin ramai yang belum tahu, selain berbakat sebagai pelakon, Bella Astillah juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
Malah, bintang berusia 26 tahun ini pernah merakam album kanak-kanak dengan menyanyikan koleksi lagu kanak-kanak seperti Bangau Oh bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam dan sebagainya bersama adiknya, Didi Astillah.
Bagaimanapun, kali terakhir Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah merakamkan lagu ialah pada usia 12 tahun menerusi lagu tema Diara Ramadan Rafique.
Selepas sekian lama, Bella yang juga pelakon Cinta Belum Tamat Tempoh kini kembali ke studio rakaman dengan merakamkan lagu Tenang hasil ciptaan Audi Mok terbitan dan edaran Universal Music.
Berkongsi lanjut mengenai lagu itu yang sudah pun dilancarkan hari ini, Bella berkata, Tenang bukanlah mengenai kisah hidupnya 100 peratus.
“Saya percaya setiap individu menginginkan kehidupan yang baik. Bagi saya, apabila kita sentiasa positif, insya-Allah mudah untuk berasa tenang. Dari situ, saya dan komposer mendapat sedikit inspirasi untuk lirik lagu Tenang.
“Lirik lagu ini tidak sepenuhnya mengenai perjalanan hidup saya, tapi lebih kepada ingin berkongsi perasaan positif untuk sentiasa bersangka baik dengan ujian dan jangan putus asa,” katanya.
Tambah ibu tunggal ini lagi, meski sudah lama meninggalkan dunia nyanyian, namun pengalaman merakamkan Tenang sesuatu yang mengujakan.
Apatah lagi dia dibantu komposer hebat dan berpengalaman sekali gus memudahkan proses berkenaan.
“Proses merakamkan lagu Tenang sangat tenang. Di mana segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah, dengan bantuan Audi Mok sendiri membuatkan saya lebih selesa dan sangat mudah.
“Kami saling mendengar pendapat masing-masing. Itu yang memudahkan lagi proses rakaman lagu ini. Begitu juga ketika proses memperdengarkan melodi lagu. Audi sangat memahami dan kreatif,” terang Bella.
Ditanya alasan utama dia merakamkan lagu itu, Bella mengakui ia bagi memenuhi keinginan dan permintaan peminat.
“Saya sering melakukan ‘cover’ lagu dan ramai yang menginginkan untuk saya mempunyai lagu sendiri.
“Lagu terakhir yang dirakam adalah Diari Ramadhan Rafique dan itu pun sewaktu saya berusia 12 tahun.
“Disebabkan itu saya fikir adalah lebih baik saya ada lagu sendiri sebagai hadiah kepada pendengar setia ‘cover’ saya di media sosial,” katanya lagi.
Walaupun kehadirannya bukan untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi profesional sedia ada, Bella mengakui dia mahukan yang terbaik buat lagu itu.
“Saya percaya pihak Universal Music lebih tahu mengenai apa yang terbaik untuk lagu ini.
“Namun, saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi dengan niat untuk lagu ini meletup. Tapi, sudah semestinya saya menginginkan yang terbaik. Kalau ada rezeki untuk mana-mana pertandingan saya tidak menolak.
“Malah, saya juga percaya semua penyanyi berharap lagu mereka dapat diterima pendengar dengan baik dan positif. Doakan semoga lagu ini dipermudahkan,” akui Bella.
Tenang dilancarkan secara rasmi di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer,,Joox dan Apple Music.
Manakala bagi video muzik pula dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada jam 3.00 petang, hari ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Bukan Jenis Macam Itu,”- Dilabel ‘Playboy’, Risteena Mahu Jaga Status Tunang Tersayang

“Saya tak endah kata-kata orang”. Itu antara kata-kata tegas pelakon, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas apabila ada segelinitir hasutan yang melabelkan tunangnya, Isa Khan sebagai kaki perempuan (playboy).
Risteena berkata, dia sesekali tidak ‘termakan’ apabila ada pihak yang cuba meracuni fikirannya sejak mengetahui dia dan Isa bercinta.
“Sebelum ini orang kata dia (Isa) playboy, tapi saya tahu keperibadiannya dia bukan jenis macam itu (playboy) dan saya mempercayai kejujurannya. Saya tidak mengendahkan kata-kata-kata mereka terhadap Isa.
“Kejujuran yang ditunjukkan Isa membuatkan saya yakin untuk ambil keputusan menerima lamaran dia.
“Saya nampak Isa berusaha bersungguh-sungguh dan mahu melamar saya,” kata Risteena kepada MH.
View this post on InstagramA post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on
Sementara itu, Isa mengakui bahawa dia mempunyai ramai kawan perempuan, namun berbeza perasaan terhadap Risteena.
Malah, Isa menegaskan bahawa tidak salah memiliki kawan yang ramai disekeliling.
“Saya rasa tidak salah mengenali ramai wanita bagi mencari keserasian. Daripada situ kami boleh meneruskan hubungan ke fasa berikutnya.
“Mungkin itu yang menyebabkan sekali gus saya dituduh ‘playboy’ dan suka mempermainkan perasaan wanita,” jelas Isa.
View this post on InstagramA post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on
Terdahulu, pasangan ini mengumumkan mereka sudah bertunang di Bali, Indonesia pada 23 November lalu.
Bagaimanapun, Risteena dan Isa memilih untuk merahsiakan perancangan itu tetapi tidak menafikan ia akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Dalam perkembangan lain, kedua-duanya mahu memberi fokus terlebih dahulu dalam perniagaan produk kesihatan yang dijalankan hasil usaha sama.
Foto: Instagram Nur Risteena
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI