
Pelakon dan pendakwah bebas PU Riz, atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang turut hadir di dalam majlis perkahwinan adik ahli perniagaan dan hos, Noor Neelofa pada Ahad tampil menjawab spekulasi wargamaya.
Ini kerana, menerusi foto majlis yang kini menjadi bualan selepas dikongsikan di media sosial, Riz dilihat turut mengenakan persalinan sedondon dengan ahli keluarga Neelofa
Malah, kakak Neelofa, Noor Nabila menerusi Insta Stories turut berkongsi kelibat kedua-duanya secara kandid yang disertakan emoji berbentuk ‘love’.
Menerusi Gempak, Riz menjelaskan keberadaannya di majlis tersebut hanyalah sekadar memenuhi undangan untuk membacakan doa.
“Ni depa nak pekena, saya cuma diminta dia (Neelofa) untuk membacakan doa saja,” katanya seperti yang dipetik.
Neelofa sebelum ini pernah mengundang PU Riz untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah sekitar tahun 2018.
Selepas itu, keduanya saling menjalinkan hubungan kerjasama menerusi beberapa projek amal, termasuk ketika sambutan Hari Raya Korban, baru-baru ini.
Sumber: Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Che Ta Tunai Janji Sambut Birthday Aaisyah, Meriah 8 Tahun Ada 8 Biji Kek!

Pelakon Rozita Che Wan menunaikan janjinya untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuan tunggal, Aaisyah Dhia Rana yang menginjak usia lapan tahun pada 1 November lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Rozita atau lebih Che Ta memuat naik momen-momen menarik sepanjang majlis sambutan tersebut yang berlangsung di Lantera Venue pada Sabtu.
Menariknya, dalam majlis tersebut, terdapat lapan biji kek diperhidangkan bersempena lapan tahun usia Aaisyah.
Bertemakan merah jambu, majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran saudara mara serta rakan-rakan Aaisyah dan Che Ta.
“Lapan tahun, lapan kek,” tulis Che Ta ringkas di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut mengucapkan ucapan hari lahir buat puteri kesayangan pelakon drama Kiah Pekasam itu.
“Murah sungguh la rezeki bakers yang buat. Tahniah Che Ta selalu kongsi rezeki lebih dengan orang lain.
“Happy birthday Aaisyah, semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat.
“Ya Allah cantik-cantiknya kek Aaisyah,” komen sebahagian netizen.
Pelakon Mira Filzah turut tidak ketinggalan menitipkan komen dengan secara berseloroh menulis, “MasyaAllah, nanti 18 tahun, 18 kek ke? Happy Birthday Aaisyah.”
Terdahulu, Che Ta memaklumkan dia terpaksa menangguhkan sambutan hari lahir Aaisyah kerana anaknya disahkan positif Covid-19 pada 1 November lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Aku Yang Mencuci Uri Anak-Anakku Ini, Aku Menjaga Siang Malam,” – Luahan Sayu Sajat

Pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat awal pagi tadi ada memuat naik sepotong video sayu menerusi Instagram. Video tersebut antara lain berkongsi mengenai kisahnya bersama dua anak angkatnya itu.
“Sedih bila nak menceritakan kehidupan kami… di pagi subuh ini,saya terjaga dalam mimpi..Ya Allah…kenapa anak syurga ini kau jodohkan pada ku?? Apa dosa anak kecil ini Ya Allah??salah aku yang hina menjaga anak anak syurga ini Ya Allah aku tahu,aku mempunyai sifat kekurangan pada diri ku,tak bererti aku tak mampu mendidik anak anak ku ke arah kebaikkan.
“Terpanggil di sini,ingin menceritakan anak kembarku..di lahir serba kekurangan,aku yang mencuci uri anak2 ku ini,aku yang menjaga siang dan malam,malah sampai aku tak cukup tido menjaga anak anak ku ini..sungguh tertib aku menjaga,sampai nyamuk pun aku tak bagi gigit.. bertapa sayangnya aku pada anak anak kembarku.. sedih aku nak luahkan,” tulis Sajat.
Pada masa sama, penyanyi lagu Bobo Di Mana ini juga mengakui dia tidak meminta untuk ‘dijodohkan’ dengan dua anak syurga itu.
“Aku pun tak meminta aku di jodohkan anak anak syurga inj,dan aku pun tak minta aku lahir sebegini rupa.. pernah aku berkata pada mak dan ayah ku,kenapa mak ayah tak bunuh jer sajat time kecik lagi.. bila mak ayah tahu sajat serba kekurangan..tapi ini semua takdir syg.. mak mana sanggup membunuh anaknya.. sesungguh nya selalu berpesan untuk aku menerima qada dan qadar.. mungkin semua orang tak memahami..tetapi ini yang di namakan kehidupan.. termasuk anak anak ku.. saya menjaga anak saya dengan baik.
“Bila besar nanti,dengan name Allah,tak kan ku meminta belasan jasa untuk anak anak baik ini.. bagi aku sudah melaksana tanggungjawab dengan baik untuk membesarkan anak anak ku.. cukup lah setakat itu sahaja.. tak meminta apa apa pun.. cuma aku pinta pada korang semua.. jangan lah HINA ATAU KUTUK harta ku ini,” kongsinya lagi.
Sajat turut menegaskan sekiranya netizen ingin mengutuk atau mencaci, hinalah dirinya sahaja dan usahlah mengutuk dua anak kesayangannya itu.
“Kalau anda semua nak kutuk dan hina ,hina lah saya seorang..tak kisah lah nak hina sampai saya menjadi arwah pun tak apa..kutuk lah.. tapi jangan lah anda KUTUK ANAK ANAK SAYA. Sedih bila kalian mengata anak anak ku yang tak bersalah ini.
“Ku harap baik baik dari kalian semua.. semoga di hari baik ini.. kita saling bersangka baik,walaupun aku bukan terbaik di mata Allah…amin…salam,” katanya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by NUR SAJAT 02 (@nursajat02) on
Sebelum ini, usahawan berkenaan pernah menegur individu yang mengutuk dalam cara melampau terhadap kedua-dua anaknya itu hingga dirinya pernah berniat mahu mengambil tindakan undang-undang kepada individu tersebut.
Bagaimanapun, kes itu sudah pun selesai apabila netizen terlibat difahamkan sudah pun meminta maaf kepadanya.
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Mana Boleh Terfikir Idea Sampai Ke Tahap Ini Ruhainies?,” – Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil memberikan reaksi terhadap salah satu pendedahan perbualan menerusi WhatsApps yang dipercayai berlaku di antara suaminya, Aliff Aziz dan aktres Ruhanies oleh wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine, pada Rabu.
Menurut Bella, dakwaan yang konon ada ‘pasukannya’ (team) telah menghantar email kepada mana-mana jenama yang pernah bekerjasama dengan Ruhainies untuk tidak meneruskan kerjasama lagi adalah tidak benar.
“Her team even emailed brands-brands saya kerja untuk stop working with me. Awak nak pertahankan lagi? Nak simpan lagi segala dia buat? Its time to BOOM. Let’s kill these two birds with one stone,” antara teks yang tertera.
“Fitnah! Bila masa pula team Bella nak pergi email-email brands? Astaghfirullahalazim… nak bukti. Macam mana boleh terfikir idea sampai ke tahap ini RUHAINIES?,” jawab Bella.
Perkara tersebut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi Insta Stories, pada Khamis.
Selain reaksi terbabit, Bella turut ‘repost’ kembali hantaran yang dikongsikan Sarah menerusi platform sama beserta dengan reaksi pendek.
Terdahulu, wanita Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine sekali lagi mencuri tumpuan apabila mendedahkan beberapa lagi bukti perbualan dipercayai Aliff Aziz dan Ruhanies yang tertera inisial (NRF) menerusi aplikasi WhatsApp.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik, Sarah memaklumkan, tindakannya itu adalah berpunca dari sikap Ruhainies yang telah didakwa telah berbohong kepadanya.
Sebelum ini, Sarah tampil membuat pengakuan mendakwa dirinya menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak awal tahun ini.
Sementara, pada 8 Mac lalu dunia hiburan dikejutkan dengan laporan mengenai Ruhainies dan Aliff yang telah diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediaman mewah aktres berkenaan di ibu negara.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI