“Cuma ‘Landing’ Tu Tempat Yang Salah…Saya Tak Nak Orang Salahkan Abang,” – Azhan Rani Kongsi Perbualan, Fasha Akan Bagi Kenyataan Dalam Dua Tiga Hari

Share

Pelakon Azhan Rani tampil berkongsi rakaman perbualannya bersama aktres, Fasha Sandha selepas pelakon itu mengalami kecederaan akibat terhantuk bucu katil ketika melakukan satu babak bersama bagi sebuah projek drama, baru-baru ini.

Ambil masa untuk berkongsi mengenai perbualan tersebut, Azhan menerusi sebuah hantaran terkininya di Instagram hari ini mendedahkan Fasha masih lagi menerima rawatan dan keadaannya kini bertambah baik.

“Saya tempek je la ya voice message antara kami semalam, gambar tu hari ini. Insya-Allah dia dalam proses recovery dan semakin baik berkat doa yang tak putus-putus dari semua.

“Maaf saya tak berminat nak ulas apa-apa buat masa ni, biar @fashasandha sendiri selepas sihat dan pulih seratus peratus yang jelaskan. Buat masa ini saya raikan sahaja apa juga pandangan, kecaman atau tomahan.

“Lepaskan sahaja pada saya andai itu boleh melegakan. Cuma jangan lupa titipkan doa buat sparing partner saya @fashasandha agar dia kembali pulih macam selalu,” luahnya.

Dia pada masa sama turut berterima kasih kepada suami Fasha yang juga pelakon Aidil Aziz dan semua pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan motivasi sejurus insiden berlaku.

“Terima kasih juga @itsaidilaziz yang menyantuni kami, Produser @geehanmsdnbhd yang sentiasa di sisi dari mula insiden hingga hari ini. Tak lupa juga buat pengarah @alongkamaludin serta seluruh team produksi telemovie #anaktuan. Semoga ada hikmah yang baik buat kita semua.

“Berikan la dulu ruang buat @fashasandha berehat. Insya-Allah  bila keadaan mengizinkan nanti beliau sendiri akan maklumkan. Terima kasih sekali lagi. Semoga posting ini mampu meredakan emosi semua.teruskan berdoa,” kongsinya lagi.

Sementara itu Fasha mengakui rakan pelakonnya itu tidak menolaknya kuat dan ia boleh dilihat menerusi rakaman video yang dikongsikan sebelum ini. Cuma, dia yang ‘landing’ pada tempat yang salah.

“Benda sudah jadi, nak buat macam mana. Tak perlu kita jelaskan panjang lebar. Tapi saya tak mahulah orang salahkan abang (Azhan Rani). Insya-Allah saya akan bagi kenyataan selepas ini,” kata Fasha.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH