Pempengaruh Ubai menepis dakwaan warganet yang kononnya dia dan penyanyi, Shila Amzah bersekedudukan selepas mereka dilihat kerap membuat ‘live’ bersama di TikTok.
Lali dengan pertanyaan mengenai perkara itu, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, bagaimanapun mengakui dia ada berbuka puasa dan moreh di rumah Shila bersama kawan-kawan yang lain.
“Sha duduk seorang diri, jadi kadang kala saya ajak kawan-kawan untuk berbuka atau moreh di rumahnya. Cuma nak cakap duduk serumah tu jauh sekali.
“Apatah lagi, mak saya pun kurang sihat, jadi fokus diberikan buat mak saya. Boleh dikatakan setiap kali ‘live’ TikTok pasti ada yang mengajukan sama ada kami tinggal serumah.
Ads
“Kami pun dah lali sering kali soalan yang sama saja. Namun kebanyakkannya adalah akaun palsu. Bila Sha ‘live’ seorang pasti orang tanya Ubai mana.
“Namun bila kami bersama (buat live), orang tanya duduk serumah ke? Sha sudah profesional kerana sudah lama berdepan isu sebegini, namun saya masih baru lagi,” katanya, lapor Gempak.
Ads
Sebelum ini, Shila memuat naik video memperlihatkan Ubai menghadiahkan sebentuk cincin seterusnya mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan warganet.
Namun Ubai menjelaskan cincin berkenaan sebagai simbol untuk membawa hubungan mereka ke arah lebih serius.
Ads
Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak kira bergelar selebriti atau tidak sudah pasti merasai kebimbangan dengan masalah virus ‘Corona’ yang merupakan satu wabak berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian.
Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha misalnya menjadi antara selebriti yang meluahkan rasa khuatir dengan wabak penyakit berkenaan yang kini kian diperkatakan di seluruh dunia itu.
“Saya rasa virus ‘Corona’ ni semua orang risau tidak kira selebriti atau tidak, boleh katakan semua orang risau pasal keselamatan diri dan juga keluarga,
“Tapi apa yang kita boleh buat adalah jaga diri terutama sekali kalau pergi tempat awam jangan lupa pakai topeng muka dan kerap cuci tangan selalu.
“Antara saya dengan suami, saya rasa saya lah yang paling risau dan takut sebab kita ada anak-anak kecil.
“Walaupun kadang-kadang kita tak keluar duduk dalam rumah tapi masih ada rasa risau. Kalau macam ada keluar pergi mana-mana, balik rumah mesti semua kena terus mandi.
“Kalau nak tahu saya mesti mandi dulu sebelum pegang anak, itu paling penting dan itulah yang saya paling jaga.
“Tapi apa yang saya paling harapkan penawar untuk penyakit virus ‘Corona’ itu ada secepat mungkin,” katanya kepada MH.
Sekadar informasi, Hanis mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar, 2 dan Alisa Aisyah, 7 bulan.
Hanis ditemui ketika majlis pelancaran koleksi jenama Lilit.xWoo/Fiziwoo di Fashionvalet, Publika, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Gambar: Instagram Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai kesinambungan Kuala Lumpur Fashion Week 2021, sebuah acara yang buat julung kalinya dianjurkan bagi mengangkat personaliti penting industri fesyen tempatan telah diadakan.
Diberi nama Kuala Lumpur Fashion Award, majlis yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu bergemerlapan dengan stail dan persona setiap tetamu yang hadir. Masing-masing tidak kalah bergaya.
Setiap pereka dan jenama fesyen hadir berpasangan bersama muse mereka masing-masing sebagai satu wajah wakilan yang mencerminkan DNA jenama. Dari selebriti, model sehinggalah pempengaruh media sosial menjadi pilihan.
Jom kita lihat 10 selebriti tempatan yang menghadiri majlis tersebut dan stail rekaan busana yang mereka gayakan.
MARION CAUNTER
Bekas pengacara rancangan Quickie 8TV ini menggayakan busana hasil rekaan Rizman Ruzaini. Dikhabarkan ini merupakan kali pertama wanita anggun ini menggayakan busana rekaan duo pereka tersebut. Pada malam itu dia juga dinobatkan sebagai Fashion Icon of The Year.
SCHA ALYAHYA
Pelakon, pengacara dan usahawan ini tampil chic dan mempersona dalam rekaan pereka fesyen Alia Bastamam. Busana rona putih berlengan panjang itu jelas membawa mesej less is more. Ibu kepada dua cahaya mata ini juga dinobatkan sebagai Most Fashionable Female Celebrity untuk KLFA edisi sulung ini.
REEN RAHIM
Pelakon ini tampil menyerlah dalam pilihan busana dalam rona terang. Menjadi muse kepada jenama MAGlifestyle, penampilan Reen Rahim menitipkan aura playful dan retro.
UYAINA ARSHAD
Pengacara dan pelakon berhijab ini tampil ayu dalam busana rancangan jenama fesyen Ghaania. Busana gaun labuh berona merah jambu dan hitam penuh sesekuin ini dolah sesuai dengan penampilannya yang berhijab.
MIMI FLY
Mimi tampil penuh warna dalam busana rekaan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat. Memilih untuk menggayakan gaun labuh lengkap dengan jaket, ia menyerlahkan persona Mimi yang aktif dan outgoing.
DIANA DANIELLE
Pelakon popular ini hadir bagaikan seorang ratu dalam persalinan gaun jenama Ivan Young. Namun tumpuan kepada gayanya adalah headgear yang dikenakan di kepalanya. Hiasan kepala tersebut merupakan rekaan Bremen Wong yang juga pemenang kategori Fashion Innovation pada malam tersebut.
TENGKU AZURA
Supermodel terkenal Malaysia ini tampil ringkas dalam persalinan rekaan Afiq M menerusi padanan rekaan seluar lebar rona hitam dan kot labuh rona kelabu. Pelakon filem Bunohan ini juga ranggi memadankan keselurhan gaya dengan sepatu sukan.
SAZZY FALAK
Pelakon dan pengacara kecil molek ini menyerlah dalam rekaan gaum kembang rona merah jambu rekaan Syomir Izwa Gupta. Melengkapkan gaya keseluruhan Sazzy mengenakan perhiasan kemas berunsur budaya masyarakat India.
UMMI NAZEERA
Pelakon berhijab ini tampil serba hitam dalam busana daripada jenama Kree. Rekaan ekstravaganza ini siap dengan ropol dan kemasan bulu pastinya menarik perhatian mata yang memandang.
Miss Malaysia Universe 2019 ini menggayakan busana daripada jenama Laguna Sydney. Gaun rona hijau neon siap dengan hud ini dipadankan dengan jaket dari fabrik ala renda rona putih menyuntik gaya ranggi dalam nuansa feminin.
Pelakon Aiman Hakim Ridza ada memberikan dedikasi teristimewa buat isterinya yang juga aktres, Zahirah MacWilson bersempena dengan ulang tahun kelahiran bintang berkenaan yang ke-26.
Sambil menyatakan rasa terima kasih kerana menjadi ibu terbaik buat anak mereka, Aiman turut terharu atas pengorbanan yang telah diberikan isteri tersayang.
“Happy 26th Birthday Mummy @zahirahmacwilson! Thank you for being a great mum to our son. Thank you for sacrificing your time, body, youth, and even your birthday for raising our child with all the love in the universe.
“Nothing can replace or exchange what you have done and both of us appreciate every tiny subtomic bit of it!! Love you mummy!!! Nanti dah habis pantang we go makan2 just the three of us okay!!! Its a date!!! Daddy belanja!,” tulisnya.
Sambil berkongsikan dua keping foto kandid mereka, entri yang sudah pun menerima kira-kira 63,000 tanda suka itu turut dihujani dengan ucapan sama oleh peminat buat Zahirah.
Sekadar mengimbas, pasangan selebriti yang mula menarik perhatian ramai setelah digandingkan bersama menerusi drama Curi Curi Cinta ini, mengikat tali pertunangan dan bernikah pada 20 Februari tahun lalu di Petaling Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Foto: Instagram Aiman Hakim Ridza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pensyarah, Dr. Diddy Hirdi kurang bersetuju bila ada pihak yang melabelkan program pertandingan nyanyian yang diadakan khusus untuk artis-artis berpengalaman sebagai sesuatu yang memalukan.