“Cuma Nak Cakap Duduk Serumah Tu Jauh Sekali,” – Ubai Tolak Khabar Angin

Share

Pempengaruh Ubai menepis dakwaan warganet yang kononnya dia dan penyanyi, Shila Amzah bersekedudukan selepas mereka dilihat kerap membuat ‘live’ bersama di TikTok.

Lali dengan pertanyaan mengenai perkara itu, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, bagaimanapun mengakui dia ada berbuka puasa dan moreh di rumah Shila bersama kawan-kawan yang lain.

“Sha duduk seorang diri, jadi kadang kala saya ajak kawan-kawan untuk berbuka atau moreh di rumahnya. Cuma nak cakap duduk serumah tu jauh sekali.

“Apatah lagi, mak saya pun kurang sihat, jadi fokus diberikan buat mak saya. Boleh dikatakan setiap kali ‘live’ TikTok pasti ada yang mengajukan sama ada kami tinggal serumah.

“Kami pun dah lali sering kali soalan yang sama saja. Namun kebanyakkannya adalah akaun palsu. Bila Sha ‘live’ seorang pasti orang tanya Ubai mana.

“Namun bila kami bersama (buat live), orang tanya duduk serumah ke? Sha sudah profesional kerana sudah lama berdepan isu sebegini, namun saya masih baru lagi,” katanya, lapor Gempak.

Sebelum ini, Shila memuat naik video memperlihatkan Ubai menghadiahkan sebentuk cincin seterusnya mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan warganet.

Namun Ubai menjelaskan cincin berkenaan sebagai simbol untuk membawa hubungan mereka ke arah lebih serius.

Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH