Dunia hiburan dikejutkan dengan pemergiaan sebutir permata seni tanah air, Allahyarham Dato’ Nassier Wahab, 57, yang dilapor meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya.
Lalu, para peminat dan golongan selebriti tidak ketinggalan sedekahkan doa serta memberi dedikasi buat insan seni yang akan kekal diingati selamanya itu.
Penyanyi senior Salwa Abd Rahmad antaranya tidak ketinggalan meninggalkan kenangan bersama arwah yang juga merupakan sahabat baik kepadanya.
Bintang itu berkongsi beberapa posting di Instagram yang nyata menyentuh perasaan awal hari ini.
Perkongsian sama turut dibuat penyanyi berkenaan menerusi Insta Stories.
Ads
Paling menjentik hati, warkah yang dipercayai dibingkiskan arwah yang membayangkan rasa rindu kepada rakan-rakan kepada Salwa.
Turut tertera, ucapan maaf dari arwah buatnya sepanjang perkenalan.
“Nassier mohon maaf zahir batin pada Salwa kalau ada terkasar bahasa dalam pergaulan. Nassier sayang Salwa.”
Ads
Ads
Jun lalu, Allahyarham dilapor pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.
Selepas pembedahan tersebut, penyanyi senior itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali pulih.
Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.
Foto: Instagram Salwa Abd Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama penyanyi cilik, Tantari menjadi sorotan apabila lagu Rindu Hatiku Rindu nyanyiannya menjadi trending dengan berjuta tontonan yang diraih menerusi YouTube sejak ia dimuat naik hampir sebulan lalu.
Baru berusia enam tahun, Tantari atau nama sebenarnya Naufal Azahel Mohd Alfian sebelum ini mula mendapat perhatian apabila video persembahan dia menyanyikanlagu popular 90’an,Cinta Melankolia telah dikongsi ke akaun TikTok LoyyGoji sehingga menarik lebih 300,000 tanda suka (likes).
Atas nama rezeki, Tantari juga dilamar oleh Molek fm dengan kerjasama Nova Music untuk merakam lagu sulung, Rindu Hatiku Rindu, ciptaan komposer Eddie Hamid manakala liriknya dihasilkan oleh Jaju dan Hakim Hakimi.
Dilancarkan pada 15 Februari lalu, lagu tersebut mengimbau kembali melodinya yang seakan lagu era 90-an dan turut jadi trending di YouTube TikTok.
Menurut Eddie, pertama kali menonton video tular Tantari menyanyi, dia terus tertarik dan tahu lenggok lagu yang macam mana penyanyi cilik itu sesuai bawakan.
“Saya lihat kelebihan Tantari terletak pada suaranya yang unik yang sesuai membawa lenggok lagu era 90-an. Kita juga perlu ketengahkan kanak-kanak yang berbakat sebagai pelapis penyanyi sedia ada.
“Walaupun dia masih kanak-kanak tapi saya tak ada masalah sewaktu membuat kerja-kerja rakaman di Studio NAR. Di studio, kami hanya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk siapkan rakaman,” kata Eddie.
Dia pada masa sama tak menyangka lagu Rindu Hatiku Rindu akan menjadi tular dan mendapat sambutan luar biasa.
Menurut bapanya, Mohd Alfian Othman, bakat nyanyian anaknya itu dikesan sejak dia berusia dua tahun lagi dan lagu pertama yang dia nyanyikan di hadapan keluarga ialah lagu 60-an iaitu Oh Fatimah.
“Tantari mula berani menyanyi di hadapan orang ramai sewaktu berumur enam tahun apabila dia menyertai pertandingan nyanyian ‘Idola Kecil’ mula-mulanya di peringkat pra-sekolah, kemudian ke peringkat daerah dan seterusnya mewakili negeri Selangor. Untuk ketiga-tiga peringkat ini, dia mendapat tempat pertama.
“Sebagai bapa, saya bersyukur sebab ramai yang suka dengan nyanyian Tantari. Kalau ikutkan, saya ni tak adalah suka menyanyi lagu rock kapak, ada lagu-lagu tertentu saja. Tantari suka menyanyi lagu berjiwa rock disebabkan saya ada bekalkan sound system di rumah orang kahwin,” katanya yang tidak fikir panjang apabila mendapat tawaran Eddie Hamid untuk merakan lagu buat anak sulungnya itu.
“Saya terus terima sebab saya berani katakan yang anak saya mampu buat dan alhamdulillah diizin Allah dan sekarang inilah hasilnya. Dari sentuhan terbaik komposer terkenal Eddie Hamid, Alhamdulillah.
“Sewaktu dalam studio, Tantari tak mengambil masa lama untuk rakaman kerana pihak Nova Music mahu terbitkan lagu itu dalam had waktu yang diberikan,” katanya.
Malah, Tantari juga tidak mengikuti kelas vokal sebelum menjalani proses rakaman kerana semua persediaan dilakukan di rumah sahaja.
“Saya tak hantar dia ke kelas vokal sebab kami bukan dari keluarga senang nak hantar ke kelas vokal atau kelas muzik yang menelan belanja besar. Dia hanya kerap buat latihan di rumah dan disamping itu, kita menjaga waktu rehat, pemakanan dan kesihatannya.
“Antara pelajaran dan seni, sejujurnya kami seimbangkan keduanya sebab pelajaran penting termasuk ilmu agama yang perlu dititikberatkan. Dari segi penglibatan dia dalam aktiviti seni, minat dan bakat perlu ada.
“Pada saya, bakat yang ada pada dia adalah anugerah daripada Allah, jadi kita gunalah sebaiknya. Apa yang kita dapat semuanya adalah pemberian daripada Allah dan yang penting kita guna ke arah kebaikan,” tambahnya lagi.
Rindu Hatiku Rindu nyanyian Tantari kini boleh didengar di semua pelantar penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music dan video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan sambal, Betty Rahmad sering kali berkongsikan aktiviti seharian yang dilakukan anak tunggalnya, Ardy Wira menerusi laman sosial miliknya.
Terbaharu, perkongsian Betty mengenai kelancaran anaknya yang baharu sahaja berusia empat tahun menghafaz surah-surah Al-Quran berjaya meraih perhatian netizen.
Betty atau nama sebenar, Norsha Rahmad, 41, berkata ia sudah menjadi rutin untuk Wira menghafaz beberapa surah lazim sebelum masuk tidur pada waktu malam.
“Rutin setiap hari Wira sebelum tidur, boleh cuba. Tapi ini versi dia berangan baca konon-konon tengok Al-Quran dan taranum.
“MasyaAllah semoga terang hati, jadi pencinta Al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah SWT.
“Semoga kamu jadi asbab Mummy dan Daddy ke syurga,” tulis Betty di ruangan kapsyen.
“Subhanallah..Wira ada suara yang lunak. Boleh jadi imam nanti, insyaAllah. Tahniah buat ibu bapa Wira, moga menjadi anak soleh dunia akhirat.
“Amboi dia punya tarranum, idgham bukan main lagi. Hai la anak soleh, nnti boleh jadi imam mummy,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Betty mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis pada 4 Februari 2018 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ardy Wira yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini penyanyi, Sufian Suhaimi menerusi satu sumber telah berkata hubungannya bersama pelakon dan pengacara popular, Elfira Loy mungkin ada campur tangan dari orang ketiga.
Selepas isu itu kecoh di media sosial, nampaknya ramai juga netizen yang membuat spekulasi tentang hubungan mereka.
MH ada menerima satu screenshot komen netizen mengenai Sufian dan Elfira daripada pembaca setia MH. Dalam komen tersebut ada mengatakan bahawa Sufian seolah-olah takut dengan Elfira kerana pelakon tersebut berbelanja besar untuk barangan make up tempoh hari.
Terdapat satu lagi screenshot komen netizen yang meminta agar Elfira mengurangkan sifat borosnya.
Apapun ini hanya spekulasi daripada netizen tentang hubungan Elfira dan Suhaimi. Bagi MH kita sebagaiorang luar tidak sepatutnya membuat spekulasi sebegitu kerana dikhuatiri mengundang fitnah jika perkara tersebut tidak benar.
Kita doakan sahaja yang baik-baik buat Elfira dan Sufian. Semoga hubungan mereka sentiasa dalam keadaan baik dan berkekalan hingga ke jenjang pelamin.
Terdahulu, ada juga kontroversi yang mengatakan bahawa hubungan Elfira dan Sufian mempunyai masalah kerana dilihat tidak berkongsi gambar bersama di media sosial masing-masing seperti waktu mereka mula-mula berkenalan.
Walau bagaimanapun seperti yang MH cakapkan tadi, kita doakan sahaja yang baik-baik buat mereka berdua.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...