Tidak dinafikan, ada segelintir individu yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara.
Penyampai radio, Issey Fazlisham misalnya terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak tirinya sepanjang PKP atas tuntutan tanggungjawab kepada kerja.
Difahamkan pasangan ini mengamalkan perkahwinan jarak jauh dan isteri kepada Issey, Noor Aimi kini berada di kediamannya yang terletak di Kota Bahru, Kelantan.
Dalam pada itu, Issey telah meluahkan rasa rindu terhadap isterinya menerusi entri terkini di akaun Instagram miliknya.
“Bentang kertas surat khabar,
Lapik nasi ulam budu,
Sis disana apa khabar? ,
Just royak raso rindu…
“Gambar ni aku suka. Walupun mata pejam, tp penuh makna.#gengissey #throwback,” tulisnya.
Sebelum ini, Issey pernah memaklumkan bahawa isterinya bakal berpindah ke ibu negara pada bulan hadapan selepas mendapat surat pertukaran tempat kerja.
Sekadar informasi, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, yang telah sah bergelar suami kepada Noor Aimi binti Mohamed Jamel, 32, dengan sekali lafaz pada 22 Disember yang lalu di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan.
Foto: Instagram Issey Fazlisham