Suami pelakon Elisya Sandha, Uzair Haqimy mengucapkan terima kasih buat semua yang menitipkan ucapan baik-baik bersempena dengan kelahiran anak sulung mereka, Sabtu lalu.
Sambil meluahkan rasa syukur, dia juga teruja apabila secara kebetulan turut diraikan ialah Hari Bapa yang disambut pada Ahad.
Menerusi perkongsian terkininya di Instagram, anak kepada penerbit popular Sheila Rusly ini memuat naik fotonya memangku Bunga beserta gambar bapa dan bapa mertuanya.
“Bunga Elhaq Binti Uzair Haqimy. My wife and I really appreciate all the kind words and prayers. Alhamdullillah terlahirlah anak sulung kami, syukur Ya Allah.
“Cun cun pulak Father’s day hari ni hehe. Terus dapat title fatherlah for 2022 and i would also like to wish two of my Fathers Papa and Daddy a Happy Father’s day! Tanpa mereka siapa lah kami.
Ads
“Aku bersyukur Ya Allah dengan rezeki yang tidak mampu kunilai ini, Alhamdullillah. Muka Bunga nanti kita belanja ye sekarang sipi sipi je boleh!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Disebalik kejelitaan yang sering dilihat di sosial media mahupun kaca televisyen, rupanya-rupanya pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mempunyai penyakit ‘autoimun’ yang sebenarnya telah lama disimpan.
Menurut Elizabeth, penyakit tersebut sebenarnya sudah dialaminya sejak usianya masih kecil yang menyebabkan kulitnya sering kali bermasalah.
Manakala alopecia atau
masalah keguguran rambut kritikal pula sememangnya telah meragut keyakinannya sejak tahun 2018.
“Saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit.
“Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopecia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.
“Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepasa krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” katanya.
Penyanyi lagu, Sudah itu ditemui ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 di Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Katanya lagi, antara sebab dia menyimpan perkara ini daripada pengetahuan orang ramai adalah kerana enggan meraih simpati
“Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai, terutamanya peminat.
“Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan. Penyakit ini tiada penawar dan boleh menyebabkan hilang bulu kening dan bulu mata.
“Saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami. Tetapi, saya rasa sudah tiba masanya saya beritahu orang mengenai perkara ini.
“Saya pun baru sahaja menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukan saya memotong rambut seperti lelaki.
“Saya takut rambut lambat tumbuh dan alopecia kembali menyerang selepas saya memotong rambut,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Lizzy turut memberitahu, penyakit ini juga sedikit sebanyak menambahkan kegusarannya bagi menjalani proses kehamilan.
“Ia juga merisaukan saya sekiranya saya merancang untuk hamil. Saya takut ia juga akan memberi kesan terhadap sistem imun saya.
“Doktor juga tidak boleh mengesahkan mengenai perkara ini. Sama ada boleh terkena juga atau tidak. Saya juga bimbang genetik ini akan terkena kepada anak saya juga nanti.
“Suami pun kata dia akan tetap menyayangi saya kalau meskipun saya akan botak,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Tak ada rezeki, kalau ada job selepas ini bolehlah.”
Demikian kata penyanyi Tom kepada anak-anaknya yang sebelum ini tidak menyangka perjuangan ibunya di program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terhenti di pertengahan jalan.
Menurut Tom, dua anak lelaki yang dibesarkannya iaitu Putera Edler dan Putera Evans Ezra ada bertanya mengenai perkara tersebut dan dia cuba untuk menjelaskan dengan sebaik mungkin.
“Mereka kata kalau keluar (tersingkir) nanti tak dapatlah nak beli permainan video games, ‘VR’. Saya kata insyaAllah suatu hari nanti, kita akan beli.
“Mereka masih kecil, tak faham apa-apa. Tapi mereka tahu sebelum ini saya sertai GV9. Malah sebelum ini pun mereka ada juga temani saya ketika sesi latihan.
“Jadi bila aktiviti tersebut tidak lagi berlaku, itu yang membuatkan mereka tanya. Jadi saya cuba jelaskan,” katanya kepada MH.
Kini cuba mengorak langkah baru untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian, Tom akui percaya kepada soal rezeki.
“Masa ketika awal saya terima tawaran sertai GV9, saya ada kongsikan hal tersebut dengan anak-anak. Saya kata macam pertandingan dulu yang sebelum ini pernah saya masuk. Lalu mereka tanya, kalau menang akan dapat duit ke.
“Sebeb saya memang ada berkongsi mengenai kerjaya seni saya kepada mereka. Kemudian saya beritahu mereka, kalau ada rezeki akan menang. Apa pun saya percaya kepada rezeki,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir 10 tahun berehat, pengarah dan pelakon Pierre Andre tidak cemburu dengan kejayaan yang telah diraih oleh dua rakan pengarah lain, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof yang kini ‘mendonia’ dalam industri perfileman tanah air semasa.