Suami pelakon Elisya Sandha, Uzair Haqimy mengucapkan terima kasih buat semua yang menitipkan ucapan baik-baik bersempena dengan kelahiran anak sulung mereka, Sabtu lalu.
Sambil meluahkan rasa syukur, dia juga teruja apabila secara kebetulan turut diraikan ialah Hari Bapa yang disambut pada Ahad.
Menerusi perkongsian terkininya di Instagram, anak kepada penerbit popular Sheila Rusly ini memuat naik fotonya memangku Bunga beserta gambar bapa dan bapa mertuanya.
“Bunga Elhaq Binti Uzair Haqimy. My wife and I really appreciate all the kind words and prayers. Alhamdullillah terlahirlah anak sulung kami, syukur Ya Allah.
“Cun cun pulak Father’s day hari ni hehe. Terus dapat title fatherlah for 2022 and i would also like to wish two of my Fathers Papa and Daddy a Happy Father’s day! Tanpa mereka siapa lah kami.
“Aku bersyukur Ya Allah dengan rezeki yang tidak mampu kunilai ini, Alhamdullillah. Muka Bunga nanti kita belanja ye sekarang sipi sipi je boleh!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.