Penyanyi, Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz dipercayai sudah berlaku curang lebih daripada lapan kali.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia juga mempunyai cukup bukti terhadap setiap perbuatan curang suaminya itu.
“Yang orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja tapi sebenarnya dia dah curang sebanyak 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu itu.”
Bella berkata demikian ketika ditemui pada sesi berbuka puasa yang diadakan di K Town Barbeque, Radia Tower, Bukit Jelutong pada petang Rabu.
Lebih mengejutkan, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan suaminya itu turut berlaku curang bersama adiknya iaitu, Eriqa Astillah.
“Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya iaitu Eriqa.
“Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah bagitahu mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga bagitahu”.
Ads
Tambah Bella, Aliff dan Eriqa ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022 lalu.
“Sebenarnya sewaktu di umrah pun, ada teks mereka yang mengatakan doakan hubungan mereka. Dia ada temankan Aliff ke Gegar Vaganza.
“Allah, saya sakit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya.
“Pasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik kampung.
Ads
“Ada ibu, bapa, dan adiklah. Terpaling teruk dan saya kesali, saya buang adik, tak buang Aliff,” ujarnya.
Terdahulu, Bella Astillah menjadi bualan ramai apabila didakwa mempunyai hubungan asmara dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali @edisiumat, akaun itu memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.
“Sekarang baru faham kenapa. Ini baru tunjuk sikit,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Ads
Pendedahan yang dibuat akaun itu turut memaparkan tangkap layar perbualan mesej Bella dan Muaz yang saling berbalas menggunakan kata-kata panggilan mesra.
Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.
Pada hantaran sama, akaun itu turut memuat naik swafoto mereka yang kelihatan begitu romantis.
Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komited dan berdedikasi. Itu yang boleh disimpulkan dengan sikap ketekunan pelakon dan usahawan Wawa Zainal dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang ibu dan usahawan.
Mana tidaknya, baru sahaja melahirkan permata ketiga pada 1 Disember lalu, Wawa kini telah dilihat ‘turun padang’ ke pejabat bagi menguruskan perniagaannya.
“Day 8 berpantang.. terpaksa turun ofis kejap check stok .. boleh jadi bentan I di buat nya oleh agent,stokis& leaders @wawacosmeticshq saban hari tanya bila stok mari.
“Padahal hari2 pun dorang ambil stok!! Xfaham betul.. kali ni janji tak catu,” tulisnya sambil memberi kredit kepada team yang berjaya mengusahakan produknya.
Walaupun dilihat sudah mempunyai tubuh badan ideal, namun pelakon Atikah Suhaime akui dia disiplin dalam menjaga pemakanan demi kesihatan tubuh badan untuk jangka masa panjang.
Menurut Atikah atau nama sebenar Nur Atikah Mohd Suhaime, 31, segala perkongsian ‘content’ makanan sihat yang dibuatnya menerusi platform TikTok bertujuan memberikan ilmu dan manfaat buat semua.
“Itu hanyalah content di TikTok. Saya tak pandai menari atau buat content lain. Jadi, apa yang saya dapat daripada personal trainer, saya kongsikan kepada orang ramai. Semoga ia memberi manfaat kepada orang ramai.
“Diet yang saya amalkan adalah untuk kehidupan yang lebih sihat.Sekarang ramai yang jatuh sakit di usia muda… jadi kenalah lebih berhati-hati,” katanya kepada MH.
Atikah berkata demikian ketika sidang media drama terbaharu lakonannya, Aku Seorang Perempuan, baru-baru ini.
Drama tersebut yang juga adaptasi novel tulisan Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin mengisahkan perjalanan hidup penyanyi Siti Nordiana atau Nana.
Selain Atikah, drama itu dibintangi Fezrul Khan yang membawakan watak bekas suami Nana iaitu Allahyarham pelakon Faizal Yusof yang meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.
Berkongsi mengenai wataknya itu, Atikah kata untuk naskhah ini dia perlu mengkaji perwatakan Nana bagi menghidupkan karakter tersebut.
“Kalau dalam drama lain, saya boleh buat sesuka hati.Tapi untuk watak ini saya perlu berhati-hati kerana Siti Nordiana seorang yang popular dan ramai peminat.
“Saya takut apa yang diterjemahkan itu mungkin bukan gambaran sebenar peribadinya dan disebabkan itu saya rajin bertanya kepada Nana termasuk sampai ke makanan kegemaran dia apa untuk hidupkan wataknya,” katanya.
Drama arahan Hashim Rejab itu turut dibintangi Adriana Adnan, Hafidz Roshdi, Mustaqim Bahadon dan Aleza Shadan.
Aku Seorang Perempuan bersiaran di TV9 pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.30 malam.
Nama Dolla terus menjadi buah mulut pencinta muzik apabila muzik video (MV) single baharu mereka, CLASSIC terus mencipta sukses apabila sudah pun menerima hampir 900,000 tontonan selepas sembilan hari dilancarkan.
Girl grup yang dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby baru melancarkan album sulung berjudul New Classic.
Meninjau ke ruangan komen pada MV CLASSIC, ia mendapat reaksi luar biasa bukan saja peminat tempatan bahkan dari Indonesia, Thailand dan beberapa negara luar lainnya.
“Really love the vocals and the song. Super addictive. Support from Thailand.”
“Wah keren banget nih Dolla, semoga bisa tembus ke pasaran international ya?Greetings from Indonesia.”
“Walaupun aku bukanlah peminat Dolla, tapi music ni sedap and ada kelas tersendiri, international vibes…”
“Sapa suruh lagu catchy sangat! Kan dah terplay berulang kali. Hehehe.”
“Dolla gak pernah gagal, selalu keren abis. Semangat guys streamingnya.”
Terdahulu, lagu berkenaan mendapat sentuhan penerbit muzik terkenal Korea Selatan iaitu Hyun Shik yang pernah mencipta lagu untuk Justin Bieber, Super Junior, Girls’ Generation, NCT dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menepati ramalan, Gie Hamid mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai juara wanita pertama program realiti, Kilauan Emas 2024 yang bersiaran secara langsung dari Royal Theatre...