Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah mempunyai pandangan tersendiri berhubung isu melibatkan kecurangan dalam sesebuah perhubungan.
Menurut Fadzilah, 72, isu bermain kayu tiga bukan merupakan satu paksaan sebaliknya ia adalah pilihan yang dibuat sendiri individu yang terlibat.
Bercakap menerusi pengalamannya sebagai pakar motivasi, Fadzilah turut menyatakan kebiasaannya individu yang berlaku curang seringkali susah untuk mengakui kesalahan yang telah dilakukannya.
“Orang yang berlaku curang, susah nak mengaku salah. Dia akan sedaya upaya cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain.
“Kononnya, dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara.
“Banyak kes yang Tok Abah (Fadzilah) kendalikan, orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect.
Ads
“Itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.
“Maka, jangan pernah rasa down. Rasa diri ini tak guna bila pasangan sendiri yang curang.
“Itu bukan salah kita. Itu realitinya salah pasangan… sebab curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan,” tulisnya di ruangan kapsyen menerusi satu entri di laman Instagram miliknya.
Dalam coretan itu lagi, Fadzilah turut berkata seseorang individu yang bermain kayu tiga merupakan antara orang yang tidak mensyukuri serta menghargai keharmonian rumah tangga yang telah dibina selama ini.
“Dia bukan sahaja memilih untuk curang tetapi dia sebenarnya memilih untuk tidak mensyukuri kebaikan dan keharmonian rumahtangga yang dibina.
Ads
“Memilih untuk menyembunyikan. Memilih untuk buka hati pada pihak ketiga. Memilih untuk mengabaikan tanggungjawab keluarga. Semua itu pilihan.
“Ingatlah, bahawa orang yang tidak mensyukuri dan melakukan hal yang ditegah, orang ini tak mendapat redha Allah,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar, Farah Lee mengakui dirinya sudah melupakan kehidupan lalu, malah menegaskan dia sudah move on.
Jelasnya menerusi temubual secara langsung di Facebook, untuk menghilangkan kesakitan akibat perceraian, seseorang perlu merasai dan mengubatinya sendiri.
Tambahnya, andai kesengsaraan itu tidak diendahkan, ia akan membarah dalam hati.
Malah Farah turut menambah, dia merasai sebenar-benar kehilangan selepas kematian bapa pada Januari lalu.
Walaupun mengakui banyak berkongsi foto dengan beberapa lelaki di laman Instagram miliknya, namun jelas ibu tunggal itu, dia masih belum bersedia untuk melangkah ke peringkat yang lebih serius kerana trauma.
“Adakah Farah memainkan hati lelaki?” Kuangjaq soalan @hilmyashley ni.
“On a serious note, touched a bit on tips to move-on and why being single or being married are both ‘happiness’ during my FB live on Bernama TV just now.
“Will share swipe up link on IG story so go check the full clip out yaw #FLwrites #ommabebel
“Disclaimer: Sorry for my over-sepet eyes early morning drive up KT-Bangi, then terus meeting with staff, then pergi viewing office baru, pastu live so mata sedikit lagi mahu menutup,” kongsinya.
Selepas kali kedua berada pada kedudukan tiga paling corot, tuah tidak menyebelahi Naufal Azrin apabila penyanyi itu diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam saingan minggu ketiga Big Stage 5 (BS5), malam tadi.
Naufal yang menyampaikan lagu Only yang dipopularkan oleh Lee Hi gagal menambat hati juri, Ajai dan Aina Abdul untuk mara bersaing bertanding di BS5 minggu hadapan.
“Kali kedua dapat bottom three, terima kasih kepada semua yang menyokong. Doakan saya agar dapat memberikan yang terbaik di luar sana,” katanya sejurus selesai segmen terakhir.
Bertemakan Asmaraloka, kesemua peserta BS5 minggu ini diadili juri tetap Ajai dan Aina Abdul bersama juri jemputan, Ernie Zakri.
Dikongsikan kedudukan kesemua peserta bertanding minggu ini berdasarkan markah yang diberikan juri profesional;
Waode – 90.67%
Putera Muhamamd – 86.67%
Nadeera Zaini – 79.33%
Hoodoo – 76.00%
Farhan Shah – 71%
Puteri Khareeza – 66.33%
Aufahanie – 65%
Dem Lepak Boysz – 64.67%
Firdaus Rahmat – 64%
Naufal Azrin – 62.33%
Coex – 58.33%
Meer Nash – 57.33%
Sementara itu, Putera Muhammad memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya sebelum ini iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) selama 10 minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran, Oktober lalu.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi salah satu entri Instagram.
Berkongsi kepada MH, Sarah turut berdoa agar anak-anaknya membesar menjadi anak soleh dan solehah.
“Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa ‘sejuk perut ibu mengandung’.
“Jujurnya ketika sedang mengandungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai ada di antara mereka yang menjadi al-Hafiz.
“Jujurnya saya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri.
“Sebagai ibu, sudah pasti saya beri sepenuh sokong atas apa sahaja minat serta kecenderungan anak-anak,” katanya.
Dia pada masa sama turut bersyukur dan sentiasa mendoakan kebaikan buat suami serta anak-anak.
“Alhamdulillah, apa yang dilakukannya itu membuatkan saya bersyukur.
“Malah tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” katanya lagi.
Sekadar mengimbas, Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak yang juga penyampai radio, Shuib pada tahun 2011.
Pasangan ini telah pun dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Foto: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!