Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui rasa terharu selepas menerima pelbagai reaksi daripada para peminatnya di Instagram selepas selebriti tersebut meminta ramai untuk berkongsi kisah percintaan yang putus di tengah jalan.
Jelas penyanyi Mata itu lagi, dia berterima kasih atas perkongsian dan menyifatkan hubungan cinta yang terjalin perlu saling melengkapi.
Jika tiada jodoh, mungkin ada insan yang lebih sesuai menanti selepas ini.
“Post saya semalam berapi-rapi comment. Saya baca semua yang korang luahkan. Sempat reply. Seriously terharu baca rintihan hati korang. Thank you for sharing.
“Curang, tak setia, tak jujur semua berlaku dalam percintaan. Tak jadi dekat semua orang, tetapi kebanyakkan. Ingat, kalau nak pasangan kita baik, setia, tak tipu kita, jujur, tulus, maka kita pun kena jadi dan buat benda yang sama.
“Semoga semua baik-baik saja untuk kalian. Redha, banyak doa. Pasangan anda sebelum ni bukan yang terbaik buat diri kamu, tapi dia mungkin yang terbaik dan lebih baik bersama orang lain. Insyaallah yang bersesuaian dan yang terbaik buat dirimu akan hadir,” tulisnya.
Ayda kini sedang menantikan detik bergelar raja sehari bersama tunangnya, Nabil Mahir.
Pasangan sama cantik sama padan itu bakal disatukan pada 1 Januari 2021.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejujurnya Saya Juga Ada Pelakon Kegemaran Sendiri Disebabkan…,” – Penerbit Jaja Ishak
Penerbit drama, Jaja Ishak tidak menafikan setiap penerbit memiliki senarai pelakon kegemaran mereka untuk membintangi sesebuah naskhah yang diterbitkan.
Ini kerana menurut Jaja, pelakon yang berdisiplin atau mempunyai rekod bersih di lokasi penggambaran lazimnya mempunyai peluang cerah untuk terus mendapat tawaran pada masa akan datang.
“Sudah tentulah setiap penerbit ada pelakon kegemaran mereka saya rasa. Kalau ada pelakon ‘sendu’ (bermasalah) dan berlagak pastilah setiap penerbit kurang yakin, sekaligus akan ada pelakon kegemaran tersendiri.
“Sejujurnya saya juga ada pelakon kegemaran sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan masalah dan sikap sesetengah pelakon itu. Tapi saya pasti setiap penerbit akan ada alasan yang tersendiri,” katanya.
Sebelum ini, timbul isu bila mana ada di kalangan pelakon yang mendakwa terdapat penerbit yang mempunyai pelakon kegemaran, sekaligus menyukarkan mereka untuk mendapat tawaran berlakon.
Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada kekerapan syarikat produksi yang melakukan sesi uji bakat kerana kekurangan pelakon, ini kata Jaja;
“Bukan pelakon tak cukup tetapi apabila sesi penggambaran berjalan serentak sekarang ini, jadi ramai pelakon tidak dapat memberikan komitmen untuk tawaran lain.
“Saya ambil contoh mudah di mana permintaan lebih banyak daripada pengeluaran. Jadi, apabila adanya sesi uji bakat ini kita dapat mencari pelapis baru sebab sampai bila nak harapkan hero atau heroin yang ada sekarang kerana perubahan itu akan sentiasa berlaku.
“Pada saya uji bakat yang dijalankan syarikat produksi adalah satu inisiatif yang baik dan perlu dilakukan secara konsisten,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kemelut Rumah Tangga Bakal Berakhir, Syamsul Yusof Bakal Lafaz Talak Cerai Pada 18 April Ini
Selepas tiga bulan turun naik mahkamah, kemelut rumah tangga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof bakal berakhir selepas dia bersetuju untuk melafazkan talak terhadap isteri, pelakon Puteri Sarah Liyana pada 18 April ini.
Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada pagi Isnin.
“Kedua-dua pihak sudah menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara aman dan baik.
“Jadi kita akan datang minggu depan untuk mengesahkan penjanjian itu dan lafaz cerai.
“Tarikh baharu adalah 18 April depan, untuk mencari persepakatan mengenai terma-terma yang sudah pun dibincangkan.
“Pada hari itu, kita akan rekod di Mahkmah Rendah dan Mahkamah Tinggi kerana membabitkan anak-anak. Anak-anak adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
“Selepas lafaz cerai, kita akan rekod keMahkamah Tinggi untuk rekod berkenaan isu hadanah dan selepas itu kita akan jadikan perintah mahkamah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai proses JKP, Akberdin berkata semuanya sudah selesai kerana kedua-dua pihak sudah menyatakan persetujuan untuk memuktamadkan tarikh penceraian.
“Pada tarikh akan datang, Syamsul akan lafazkan cerai kerana sudah ada persetujuan,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah menzahirkan rasa syukur apabila permohonan penceraian yang diajukan sudah dipersetujui oleh Syamsul mengikut syarat yang akan dibentangkan pada 18 April depan.
“Alhamdulillah kami dah berjumpa dan kami dah berbincang semua terma serta syarat. Apa yang saya dan dia mahu berkenaan anak-anak, nafkah dan sebagainya.
“Malam semalam kami selesaikan semuanya juga. Alhamdulilillah berkat bulan Ramadan. Jadi semuanya dipermudahkan hari ini.
“Kita sudah boleh teruskan dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua selesai. Tak perlu nak pening-pening lagi,” katanya.
Bagaimanapun, Syamsul enggan mengulas lanjut berkenaan hasil persetujuan yang dicapai, hari ini.
“Semua sudah selesai. Ini semua demi kebaikan anak-anak. Saya tak nak cakap lebih-lebih,” katanya ringkas sambil menuju ke tempat letak kereta.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof hadir ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais.
Terdahulu, sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Berbelas Kali Dia ke Toilet, – Alami Cirit-Birit Yang Teruk, Ibu Yatt Hamzah Dikejarkan Ke Hospital
Pelakon dan usahawan, Yatt Hamzah berhadapan detik cemas dan panik apabila ibu terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta akibat cirit-birit, pada Selasa.
Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberitahu, keadaan ibunya semakin lemah selepas mengalami masalah cirit-birit yang teruk dan berpanjangan.
“Allahuakbar! Selepas anak-anak Bonda, kini giliran mak Bonda pula dikejarkan ke hospital kerana cirit-birit! Mungkin terkena virus dari cucu-cucunya yang sedang sakit.
“Kesian Mak sampai berbelas kali dia ke toilet sampai dah lost count. Sedih tengok lembik badan Mak,” jelas Yatt.
Tambahnya lagi, masalah yang dialami ibunya itu bukan berpunca daripada akibat keracunan makan tetapi kerana terkena satu jangkitan virus yang terbaharu.
Di samping memberi kata nasihat kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, Yatt bersama anak bongsunya yang kini baru mencecah usia 6 bulan turut menerima nasib yang sama sepertinya ibunya.
“Bahayanya virus ni. Takde angin takde hujan tiba-tiba datang menyerang keluarga Bonda. Harini Bonda dan baby Zubayr yang fully breastfeeding pula cirit-birit.
“Bukan food poisoning sebab Bonda masak setiap hari untuk anak-anak tapi virus yang sekarang sedang viral menyerang ramai kanak-kanak dan dewasa. Lebih-lebih lagi baru-baru ni full moon, memang aggressive virus ni menyerang.
“JAGA-JAGA SEMUA.. PLEASE BACA BETUL2 APA BONDA NAK SAMPAIKAN.
“Kalau ada ahli keluarga yg dapat symptoms muntah-muntah, cirit birit secara tiba-tiba yang bukan berpunca dr keracunan makanan dan deman batuk selsema yang berpanjangan, terus ke Hospital dapatkan rawatan.
“Asingkan tempat tidur mereka yg sakit, kalau boleh jangan bersentuhan kerana penyakit ni MUDAH BERJANGKIT!,” tulisnya lagi menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, Yatt pernah memberitahu anak perempuannya, Suci Hayfa Medina mengalami masalah jangkitan kuman dalam paru-paru dan telah segera dimasukan ke hospital, pada Rabu lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI