Usahawan terkenal, Joy Revfa telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, Joy yang telah bercerai bersama suaminya yang juga merupakan seorang penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun berkongsi pendapat mengenai kaum lelaki yang suka menindas kaum wanita bersama pengikutnya di laman sosial.
“Firasat wanita selalu benar & tajam walaupun tak ada satu mahkluk pun yg memberitahunya.
“Awk curang waktu dia kat atas angkasa lepas pun dia boleh tahu. Even kat dasar lautan pun dia boleh rasa. Sekali awk menipu, dia akan tunjuk sejuta bukti kat depan mata awk.
“Sebab tu kalau kejap lagi awk meninggal dunia pun dia adalah org pertama akan dapat “merasakan” musibah itu.. So paham2 je lah firasat seorang wanita bergelar Isteri/GF/tunang canner yer..! Jangan memulakan pengkhianatan & penipuan .. kerana Selingkuh Tak Selamanya INDAH…,” tulis Joy.
Ads
Pada masa sama, ibu tunggal itu turut berkongsi fakta perihal lelaki.
“FAKTA : Lelaki akan membenci diri mereka sendiri & merasa dirinya tak berguna setelah selesai curang – [kata : Charles J. Orlando, penulis buku The Problem with Women… Is Men ] Benarkah ttg fakta itu, yer encik lelaki sekalian? (Keterangan di atas adalah secara UMUM dan tiada kaitan dgn diri saya. Sekian )”tulis Joy lagi.
Pelakon Azar Azmi berkongsi berita sedih apabila neneknya, Aminah Isa meninggal dunia awal pagi tadi.
Menurut Gempak, arwah yang berusia 82 tahun meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Puncak Alam, Selangor.
“Nenek saya, mak kepada arwah ibu meninggal secara mengejut. Sebelum tu, dia tak nak makan, tak nak minum. “Arwah meninggal masa tidur,” katanya seperti dipetik.
Jelas pelakon drama Nur 2, arwah neneknya meninggal dunia lima bulan selepas datuknya, Othman Idris, 86, mengadap Ilahi pada Februari lalu.
Ia sekali gus, memberi kesan mendalam buat Azar.
Terdahulu, Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi memakumkan berita sedih tersebut menerusi Instagram miliknya.
“Nenek saya telah kembali kerahmatullah pagi ini. Mohon kepada semua mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar,” tulisnya.
Pelakon meningkat naik, Fadhli Masoot akui terlalu kecewa dengan tindakkan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan video-video daripada drama, Projek High Council yang masih lagi belum ditayangkan di televisyen di aplikasi Tik Tok.
Menurut Fadhli, tindakan tersebut seolah-oleh tidak menghormati penat lelah barisan pelakon dan pihak prosuksi yang berhempas pulas memberikan hasil yang terbaik buat penonton.
“Saya ingin bercakap fasal drama Projek High Council yang dah dibocorkan. Saya pun tak tahu macam mana ia boleh berlaku. Kepada mereka yang kongsikan video-video yang dah dibocorkan itu di Tik Tok, korang memang bangsat.
“Jujur kata, saya memang sedih sebab itu hasil kerja dan titik peluh ramai orang. Para penonton menunggu episod baru setiap minggu untuk dapatkan sambutan. Tapi ada bangsat-bangsat macam korang yang laparkan perhatian ni, sibuk nak kongsikan di Tik Tok,” katanya.
Fadhli yang memegang watak sebagai Hakeem itu berkata sedemikian menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok.
Lantaran itu, Fadhli turut berharap agar para peminat dapat melaporkan akaun-akaun yang menyebarkan video-video drama tersebut secara haram di seluruh platform media sosial.
“Saya pun tak faham. Kalau korang ada video-video sampai 10 episod sekali pun, tengok korang-korang je sudah la. Kenapa sampai post di Tik Tok? Nak sangat perhatian?
“Marah memang marah tapi nak buat macam mana lagi? Buat yang post di Tik Tok ni, memang melingkup la hidup korang. Maaf cakap tapi saya rasa dah melampau sangat. Mungkin anda semua takkan faham apa yang kami rasa.
“Kalau korang betul support kami, buatlah apa yang patut,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar si pelaku mendapat hukuman yang setimpal.
“Setuju. Mereka tak pernah terfikir hasil titik peluh dan betapa susahnya nak berlakon.
“Kesian tengok abang dan kru lain. Penat-penat shooting tengok-tengok kena cetak rompak. Semoga tak putus asa untuk bekarya.
“Sedih juga bang. Saya tak sabar tunggu episod baru setiap minggu tapi ada yang share secara haram. Geram je.
“Jangan risau bang. Saya tunggu yang dekat Astro,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Projek High Council merupakan sebuah drama yang membongkar kisah gelap kewujudan kumpulan gengsterisme yang sehingga kini menjadi realiti sebahagian besar pelajar-pelajar sekolah asrama.
Selain Fadhli, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar dan Naim Daniel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Fadhli Masoot
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos terkenal, Datuk Aznil Nawawi tampil melakukan inisiatif tersendiri dengan mewujudkan Kedai Percuma Pak Nil sejak 30 Disember lalu khusus bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat musibah banjir.
Idea tersebut tercetus selepas Aznil atau lebih sinonim disapa Pak Nil selepas menjalankan kerja mengumpul golongan sukarelawan bagi membantu masyarakat di Bukit Canggang, Banting, Selangor, baru-baru ini.
Ujian yang menimpa pada era pandemik COVID-19 ini sudah tentunya memberi kesan yang lebih besar.
“Usaha ini adalah cetusan usaha pemberian bantuan kepada mangsa banjir tempoh hari. Saya sebelum ke sana sebenarnya turut dihubungi oleh salah seorang pengikut Instagram berkongsi sisi ceritanyamengenai kemusnahan daerah itu akibat banjir.
“Malah ketika menjejaki kawasan itu, saya lihat ramai penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tinggal sehelai sepinggang,” katanya.
Difahamkan, kawasan terbabit turut kurang mendapat perhatian.
“Lalu, bermula dengan hanya makanan yang dimasak penduduk kampung secara rewang bermodalkan wang sumbangan yang saya kutip di kalangan pengikut media sosial saya.
“Ketika itu dalam sehari kami berjaya menyediakan hampir 1000 bungkusan makanan kepada mangsa banjir. Malah selepas banjir surut, mulalah mereka bergerak pulang dari PPS ke rumah masing masing.
“Ketika itu saya tinjau dan amati, kesemua mereka terpaksa mengumpul barang semula dan membaik pulih rumah mereka. Bahkan barang keperluan asas mereka tiada langsung. Daripada situ saya fikir kenapa tidak diwujudkan kedai percuma berkenaan,” katanya lagi.
Buat permulaan ketika itu, Pak Nil turut menghubungi syarikat yang pernah bekerjasama dengannya seperti jenama Eskayvie dan Nakada bagi tujuan terbabit.
“Pihak jenama itu bermurah hati untuk menghantar barang keperluan asas seperti minyak, telur, air mineral, sardin, selimut, bantal, lampin bayi dan sebagainya.
“Timbul idea juga untuk mengumpul belian barang asas ini menerusi duit sumbangan orang ramai. Saya beli sendiri barangan itu menggunakan duit sumbangan diberikan.
“Ia kemudiannya diletakkan di sebuah kedai di kawasan berkenaan yang diberi nama Kedai Percuma Paknil,” katanya.
“Jadi, mangsa terkesan banjir boleh ke kedai itu untuk mengambil barang keperluan secara percuma mengikut keperluan mereka sahaja. Kedai ini mengalu-alukan barangan keperluan yang boleh dihantar terus ke sana atau menyalurkan duit sumbangan ke akaun saya.
“Jadi saya bolehterus tambah barangan keperluan itu. Bagi yang mahu menyumbang boleh ke akaun Instagram @aznilnawawihm untuk menyemak butiran lanjut atau ‘bank in’ ke 564735801178.
“Kedai ini akan berterusan beroperasi jika terus menerima sumbangan orang ramai atau pertubuhan kerajaan mahupun swasta,” katanya.
Berkongsi lanjut sewaktu kunjungan kemanusiaan ke lokasi sama beberapa kali, air matanya menitis mengenangkan ujian yang menimpa mereka yang terjejas.
“Sedih tengok keadaan mereka. Saya sentiasa membayangkan saya atau keluarga saya melalui ujian dan dugaan itu.
“Kerana itu, saya tidak mampu duduk berpeluk tubuh, saya perlu lakukan sesuatu untuk membantu mereka membina hidup kembali,” katanya.
Pak Nil menggunakan akaun media sosialnya terutamanya Instagram dan TikTok untuk mengajak khalayak bersama-sama dengannya mencari dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir dikawasan itu.
“Subhanallah… rakyat Malaysia sesungguhnya masyarakat yang pemurah. Hari pertama saya umum pembukaan tabung khas membantu mangsa banjir Bukit Canggang, sambutan yang diterima sungguh luar biasa.
“Menangis saya melihat keprihatinan rakyat Malaysia. Dana yang disalurkan itu saya agihkan kepada wakil saya di sana. Walaupun, tidak banyak yang diterima setiap mangsa, namun, sekurang-kurangnya mereka di sana tahu bahawa seluruh negara turut sama bersedih dengan nasib mereka dan mahu berkongsi rezeki.
“Itulah yang menjadi motivasi buat saya untuk meneruskan kerja kemanusiaan ini,” katanya.
Pak Nil percaya dengan kuasa media sosial termasuk pengaruh dan kedudukan, beliau mampu mengajak orang ramai sama-sama berganding bahu.
“Niat dan matlamat saya adalah untuk meringankan beban mangsa banjir. Bahkan, ini juga masa terbaik untuk kita seluruh rakyat Malaysia menunjukkan solidariti dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik, batas agama, bangsa dan latar belakang.
“Hari ini, hari mereka… siapa tahu esok lusa hari kita pula?” kata Aznil yang juga pengasas Yayasan Pesona.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!