“Ameena ok, mak bapak tak ok”. Itu luahan pelakon Shakilla Khoriri apabila pertama kali membawa anaknya, Ameena Sofia bercuti keluar negara.

Memilih destinasi percutian di Bangkok, Thailand, Shakilla bersama suaminya, Fizi Ali mengabadikan momen indah seisi sekeluarga.

“Pertama kali dan percubaan bawa @ameenasofia_ travel naik flight.
Ameena OK tapi Mak bapak dia tak OK.

Ads

“Ada banyak perkara yang tak kemas dan tak prepare. Tapi takpa lah kan, nama pun percubaan.

“Alhamdulillah rezeki Ameena kitaorang dapat bawa jalan2.Insyallah kitaorang kerja kuat nak bawa Ameena travel lagi tempat lain,” tulisnya.

Ads

Sementara itu, pelakon drama Papa Ricky itu juga berkongsi video percutian di Insta Storiesnya.

Ads

Terdahulu, Fizi dan Shakila, masing-masing berusia 30 tahun diijabkabulkan pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak, Ameena Sofia yang kini berusia lapan bulan.

Foto : Instagram Shakilla Khoriri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI