Pejam celik, pejam celik rupanya anak kepada pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana kini telah pun genap tujuh tahun usianya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Awal menyifatkan kehadiran Lara sebenarnya telah banyak mengubah perspektif kehidupan dia dan isteri daripada pelbagai sudut.
Katanya lagi, dia dan Scha berasa amat bertuah kerana diberikan kesempatan untuk melihat sendiri anaknya itu membesar menjadi seorang kanak-kanak yang hebat.
“22 July 2014. Mommy brought you to this world, and since that day, you have changed our lives in so many ways.
“Daddy boleh tulis karangan panjang berjela, mungkin boleh jadi buku, on how lucky we are to have you, to raise you and to be able to watch you grow, to be this amazing young girl. But I don’t want to bore my followers,” tulisnya.
Dalam pada itu, Awal turut dilihat ada menitipkan doa semoga anaknya itu sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.
“Daddy doakan semoga Allah sentiasa merahmati mu dan kamu sentiasa berada di dalam peliharaan-Nya. Happy 7th Birthday anak Daddy, @laraalanaa,” luahnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan hari lahir selain turut mendoakan semoga Lara membesar menjadi anak yang sentiasa membahagiakan keluarga.
“Happy birthday Lara cantik. Semoga berjaya dunia dan akhirat nak.
“Happy 7th birthday Lara. You’re loved by so many.
“Happiest birthday Lara Alana. Loving you since we’re born.
“Happy birthday Lara Alana. U made my day since day 1 you born. Be a good girl to mom and dad okay.
“Selamat hari lahir Lara Alana. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Ameen Ya Allah,” antara ucapan-ucapan yang dikongsikan netizen di ruangan komen.
Terdahulu, Lara telah pun dilahirkan pada tanggal 22 Julai 2014.
Awal dan Scha pula telah mendirikan rumah tangga mereka pada 4 Mei 2012.
Selain Lara, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Lyla Amina yang lahir pada 12 Februari lalu.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Awal Ashaari