
Penyampai radio, Fizi Ali berasa berat hati untuk meninggalkan cahaya mata sulungnya, Ameena Sofia yang baru sahaja dilahirkan Khamis lalu.
Perasaan itu tidak dapat disembunyikan apabila Fizi memuat naik sekeping foto sambil menatap wajah Ameena.
“Beratnya hati daddy nak pergi kerja..nak tinggalkan awak..tapi tak pe daddy cari duit banyak2 untuk kita yea sayang…
“Nanti besar sikit kita p jalan2 ngan umi tau..umi tu pun pening duk pantang lama2..tak sabar nak keluar,” tulis Fizi.
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla berkahwin pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia seberat 3.7 kilogram secara pembedahan.
Foto : Instagram Fizi Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hampir 3,000 Tengok Suriavolusi Di Lokasi Pertama, Bakal Gegar Kelantan Sabtu Ini!

Lokasi pertama Suriavolusi di pusat beli-belah the Curve, Mutiara Damansara yang berlangsung Sabtu lalu telah mencuri tumpuan hampir 3,000 pengunjung yang hadir memberi sokongan.
Menerusi konsert tersebut, Suria FM dan AC Gas turut berbesar hati menyumbang sebanyak RM 11,000 ke Tabung Bantuan Khas Palestin, kelolaan Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama organisasi Kita Fund.
Difahamkan, pertemuan antara penyampai Suria FM bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi tujuan menyerahkan sumbangan akan dilakukan dalam masa terdekat
Menurut Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) yang juga Pengurus Besar Suria FM, pihaknya terharu atas sokongan pendengar meski ia dilangsungkan dalam kadar sederhana bagi menghormati situasi yang sedang melanda rakyat Palestin.
“Pihak kami turut prihatin dengan nasib yang sedang menimpa mereka saat ini, justeru sebagai tanda keprihatinan, kami menyalurkan sedikit sumbangan ke ‘Tabung Bantuan Khas Palestin’.
“Di samping itu, kami juga berusaha untuk sentiasa mengingatkan para pengunjung yang hadir untuk bersama-sama memberikan sokongan juga bersolidariti untuk Gaza,” katanya.
Malah, pihaknya turut bekerjasama dengan organisasi Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia di Suriavolusi, KB Mall, Kelantan, Sabtu depan.
Suriavolusi di Kelantan akan disempurnakan dengan penyerahan sumbangan wang tunai daripada AC Gas kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Darul Mizan, Masjid Al- Ridhuan Kubang Kerian dan Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia.
“Kami agak berdebar kerana kami tidak tahu penerimaan warga Kelantan terhadap Suria FM bagaimana kerana dah lama Suria FM tidak menemui peminat di Kelantan. Tetapi kami akan berusaha sedaya upaya, di samping terus berdoa agar segalanya dipermudahkan.
“Buat warga Kelantan, nantikan kedatangan barisan penyampai Suria FM juga berhibur dengan persembahan artis popular antaranya Azlan and The Typewriter, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat dan Renggo Arrow,” katanya lagi.
Lebih menarik, selain berhibur bersama barisan penyampai dan artis popular tanah air, terdapat juga pertandingan mewarna kanak-kanak yang akan berlangsung dari jam 12 tengah hari sehingga jam 2 petang.
Ia terbuka kepada kanak-kanak berusia dari 7 hingga 12 tahun dan kemasukan percuma. Pelbagai hadiah menarik seperti basikal, skuter kanak-kanak, beg sekolah dan hamper menanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semua Itu Rezeki, Susunan Allah,” – Idam Anak Lelaki Atau Perempuan? Neelofa Berserah Soal Zuriat

Selebriti Neelofa mengakui dia suami, Haris Ismail tidak pernah meletakkan sebarang sasaran jantina bayi sekiranya mereka dikurniakan zuriat selepas ini.
Menurut Neelofa, 32, soal jantina anak ialah ketentuan yang sudah diaturkan Allah SWT.
“Kalau ditanya kepada sayalah kan… misalnya dengan kawan-kawan yang sudah ada ada anak perempuan, impikan anak lelaki juga sebaliknya.
“Saya cakap, pada saya tidak kisah. Sebab semua itu rezeki dan susunan Allah,” katanya.
Bekas hos program MeleTop itu juga menjelaskan dia dan suami tidak terlalu memikirkan soal cahaya mata kerana baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, dia tidak menafikan ahli keluarga juga mendoakan yang baik-baik.
“Sejujurnya saya dan suami tak pernah tertekan atau berbincang terlalu serius tentang anak sebab kami pun baru sahaja kahwin, jadi masih lagi dalam proses mengenali.
“Bukan kami sahaja, saya rasa suami orang lain pun mesti excited dan keluarga saya pun mendoakan, menunggu-nunggu juga hal yang sama,” katanya.
Pemenang Dewi Remaja 2020 itu mendirikan rumah tangga bersama Haris, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Neelofa ditemui semasa Program Kasih Prihatin Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berlangsung di Surau Al-Mustaqim, PPR Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada majlis tersebut, Neelofa yang mewakili Pertubuhan Kasih Neelofa bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Kasih Prihatin Nasional (PRIHATIN) menyerahkan sumbangan kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.
Dia turut ditemani suaminya, Haris yang juga penasihat agama Pertubuhan Kasih Neelofa.
Terdahulu sejak beberapa bulan lalu, khabar angin mengenai kehamilannya hangat diperkatakan selepas dia dilihat kerap mengusap bahagian perutnya, khasnya ketika melakukan ‘IG Live’ di Instgaram.
Malah penampilannya ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), 24 September lalu turut mencuri perhatian ramai.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi Rock Mengaku Miliki Anak Luar Nikah, Mohon Keampunan Daripada Isteri & Keluarga

Vokalis dan gitaris Kumpulan Foo Fighters, Dave Grohl, telah mengakui yang dia baru sahaja menimang cahaya mata perempuan di luar pernikahannya.
Perkara tersebut dikongsikan ahli muzik itu dalam satu hantaran di Instagram pada 10 September 2024. Perkara ini mengejutkan kerana Dave sendiri sudah berkahwin.
“Saya baru-baru ini menjadi bapa kepada seorang bayi perempuan yang baru lahir di luar perkahwinan saya. Saya merancang untuk menjadi bapa yang penyayang dan menyokongnya,” kongsinya.
Menegaskan yang dia mahu menjadi bapa yang bertanggungjawab, dalam masa yang sama dia kini dalam proses untuk meminta maaf daripada keluarganya ekoran berita yang baru dikongsi.
“Saya sayang isteri dan anak-anak saya, dan saya melakukan segala yang saya mampu untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka dan mendapatkan pengampunan mereka,” tambahnya lagi.
Dave telah berkahwin dengan Jordyn Blum pada 2003 dan mereka memiliki tiga cahaya mata perempuan iaitu Violet Maye Grohl, 18, Harper Willow Grohl, 15, and Ophelia Saint Grohl, 10.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI