Demikian respon aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura selepas menerima jambangan bunga daripada suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41, hari ini.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
Ads
Bersama jambangan bunga rona merah jambu itu, Fazura turut berkongsi kad ucapan istimewa yang dikirimkan.
Antara lain menerusi ucapan yang tertera, didoakan semoga Fazura sentiasa gembira dan diberikan kebahagiaan di dunia serta akhirat.
“Selamat hari lahir mommy. Daddy doakan di hari kelahiran, mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi pelindungan Allah dan bahagia dunia akhirat,” tulis kad terbabit.
Ads
Awal pagi tadi, Fazura ada memuat naik hantaran di Instagram menyatakan dirinya kini telah berjanji akan lebih menyayangi diri sendiri selepas ini.
“Permulaan kepada satu perjanjian. Untuk lebih menyayangi diri sendiri. 27.9.2024,” tulisnya yang disusuli dengan pelbagai ucapan baik peminat dan rakan artis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredir Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi rap, Tuju mengakui dirinya pernah berasa kecewa apabila ada yang menganggap perjalanan kerjaya muziknya seperti tiada masa depan.
Bagaimanapun, Tuju yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique itu mendedahkan kata-kata tersebut tidak pernah melunturkan keazamannya sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk dia terus mencipta nama di dalam industri seni tanah air.
“Muzik Tiada Masa Depan” tak boleh jadi kerjaya. Aku down, bila dengar perkataan ini keluar dari mulut orang, kepada yang di luar sana, yang melihat ini teruskan mengejar cita cita kamu ! Tiada yang tidak boleh. Lebihkan usaha doa kita peroleh,” tulisnya.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Tuju berharap agar kisahnya itu dapat menjadi ikutan dan teladan buat sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
“Apa yang aku boleh buat, aku spark semua orang champ di landasan hidup mereka sendiri, jatuh sakit macam mana pun, kita boleh.
“Tiada masalah di dunia ni yang tidak boleh di selesaikan, kecuali? Mati – GNELLO K-CLIQUE @siddekjasni kata semangat dari sahabatku,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa bangga selain mendoakan semoga Tuju akan terus sukses pada masa depan.
Dalam perkembangan lain, Tuju ketika muncul dalam program MeleTOP pada 24 November lalu mengumumkan isterinya, Loca B sudah pun selamat melahirkan bayi mereka dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah sekian lama berteka teki dan menjadi rahsia isterinya yang juga merupakan pengacara, Uyaina Arshad, pelakon dan penyanyi, Raja Syahiran menzahirkan rasa syur apabila sekali lagi. bakal dikurniakan cahaya mata lelaki.
Menurut Syahiran, dia menyifatkan kehadiran dua anak lelaki ini bakal menjadi tunjang utama buat keluarganya satu hari nanti.
“Saya sangat bersyukur. Lelaki atau perempuan, saya terima seadanya. Seperti ibu bapa lain, mereka pasti gembira jika punyai anak sepasang.
“Bila dikurniakan dua anak lelaki pun saya bersyukur sangat. Mungkin dia boleh menjaga ibu, nenek dan adik-beradiknya yang lain nanti.
“Saya juga berharap agar dapat menjadi seorang bapa dan pemimpin yang baik buat anak-anak saya. Saya juga nak didik mereka menjadi manusia berguna buat masyarakat,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Syahiran turut mendedahkan dia sebenarnya sudah lama meramal bakal menyambut kelahiran bayi lelaki buat kali yang kedua.
“Saya tengok perwatakkan dan bentuk badan Uyaina agak lebih kurang ketika mengandungkan Urhan.
“Jadi, sebab itu perasaan saya kuat mengatakan itu anak lelaki,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Uyaina akui teruja dengan kehamilan anak kedua ini dan berharap semuanya dapat berjalan seperti yang diharapkan.
“Bunyinya agak klise, sebagai ibu yang mengandung selama sembilan bulan, kita cuma berharap agar anak kita sihat serta sempurna akal, fikiran, hati dan fizikal.
“Saya tidak kecewa kerana belum dikurniakan anak perempuan tapi saya sangat bersyukur.
“Dalam keluarga saya, dua adik beradik di atas saya adalah lelaki. Kemudian, kakak dan barulah saya.
“Anak buah saya pula seorang sahaja lelaki dan yang selebihnya perempuan. Bila ada Urhan dan bayi kedua ini, bertambahlah bilangan lelaki,” katanya.
Uyaina dan Syahiran ditemui media ketika majlis ‘gender reveal’ dan pengenalan duta bagi syarikat vitamin kanak-kanak, Baby Ayo yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Ditanya mengenai persediaan menjelang Ramadan, Uyaina berharap agar dirinya diberikan kekuatan untuk berpuasa penuh.
“Saya harap sangat agar diberikan kekuatan untuk berpuasa penuh tahun ini. Ketika mengandungkan Urhan dahulu, saya sempat puasa seminggu sahaja.
“Saya pula diserang appendix dan perlu jalani pembedahan. Proses pemulihan pun ambil masa yang lama. Doktor pula tak bagi ubat tahan sakit yang kuat kerana takut jejas kesihatan bayi.
“Jadi, kali ini saya berharap tiada masalah-masalah lain dan boleh berpuasa penuh,” akhirinya.
Terdahulu, Baby Ayo baru sahaja melancarkan vitamin kanak-kanak terbaharu dalam bentuk gula-gula kunyahan yang diberi nama, Berries Gummy Kids Vitamin.
Vitamin ini mengandungi dua bahan semulajadi utama iaitu Elderberry dan Acai Berry yang diformulasikan bebas dari sebarang pemanis tiruan, bahan kimia, lemak trans dan tidak mengandungi bahan kekacang.
Berries Gummy Kids Vitamin mengandungi khasiat dan mampu meningkatkan serta menguatkan sistem imunisasi kanak-kanak untuk tidak mudah demam dan selsema.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fikry Ibrahim berkongsi video kejutan yang diterima sempena sambutan hari lahirnya yang ke-26 tahun.
Menerusi video berkenaan, pelakon itu kelihatan cukup terharu dan penuh keterujaan apabila dikejutkan dengan sepotong kek kecil dengan barisan Ironman menyanyikan lagu.
“Dalam keadaan macamni pun hangpa boleh buat suprise, sumpah tak perasan. Nanti aku kenakan hangpa balik!
“Terima kasih semua yang wish dan mendoakan saya! Fikry turn 18 again!,” kongsinya.