Hiburan

‘Daddy Fatima’ Hadiahkan Jambangan Bunga, Tak Lupa Kirim Doa & Ucapan Sempena Hari Jadi Fazura

Share

“Terima kasih daddy Fatima.”

Demikian respon aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura selepas menerima jambangan bunga daripada suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41, hari ini.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

Bersama jambangan bunga rona merah jambu itu, Fazura turut berkongsi kad ucapan istimewa yang dikirimkan.

Antara lain menerusi ucapan yang tertera, didoakan semoga Fazura sentiasa gembira dan diberikan kebahagiaan di dunia serta akhirat.

“Selamat hari lahir mommy. Daddy doakan di hari kelahiran, mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi pelindungan Allah dan bahagia dunia akhirat,” tulis kad terbabit.

Awal pagi tadi, Fazura ada memuat naik hantaran di Instagram menyatakan dirinya kini telah berjanji akan lebih menyayangi diri sendiri selepas ini.

“Permulaan kepada satu perjanjian. Untuk lebih menyayangi diri sendiri. 27.9.2024,” tulisnya yang disusuli dengan pelbagai ucapan baik peminat dan rakan artis.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini

.

Sumber & Kredir Foto: Instagram Fazura

Published by
Aizam Manaf