Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans kini semakin kerap meluangkan masa bersama anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine setelah bergelar ibu pada 13 Julai yang lalu.
Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans berkongsi rasa teruja apabila anaknya pertama kali menaiki motor bersama suaminya.
“Mily’s first bike rideDaddy selalu nak entertain dia petang2 time dia mengantuk so layan kejap pastu tertido sendiri,
“I guess she also felt super comfortable being strapped in @daiichi_malaysia baby carrier @happikiddo_@daiichi_malaysia #babycarrier #daiichimalaysia,” tulisnya.
Gara-gara kerap mengadakan sesi siaran langsung bagi mempromosikan produk kecantikkan jenamanya sendiri, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menjadi mangsa perlian segelintir pihak.
Mereka mendakwa Siti kini sudah kurang tawaran kerja sebagai anak seni sehingga terpaksa turun padang dan menjual produknya sendiri di media sosial.
Lantaran itu, anak tirinya Asyraf Khalid tampil membidas tanggapan tersebut selain turut menyifatkan penglibatan Siti di dalam sesi siaran langsung adalah salah satu strategi promosi dan inisiatif untuk mendekati pelanggan.
“Macam mana boleh kata Datuk Siti tiada tawaran kerja? Tahun ini sahaja sudah berapa banyak konsert diadakan. Datuk Siti tak sempat rehat pun. Orang boleh kata tiada job.
“Simplysiti adalah sebuah perniagaan dan ia juga memerlukan marketing dan promosi. Nampaklah sibuk macam mana pun, Simplysiti tetap di hati,” tulisnya.
Katanya lagi, Siti merupakan seorang wanita yang bekerja keras meskipun harus membahagikan masa dengan tugas sebagai anak seni dan bisnes.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengendali program Apa Cerita Podcast itu menerusi satu hantaran di aplikasi X.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut memuji Siti yang sanggup bekerja keras.
“Bijak Siti mengambil kesempatan untuk berniaga ketika nama dikenali. Jadikanlah artis-artis lama yang dulu popular tapi sekarang susah nak mencari makan sebai contoh. Usahanya sebagai artis, businesswomen dan dermawan telah pun diiktiraf dan telah dikembalikan kepada masyarakat.
“Itulah pasal. Ipar duai Kak Siti dan laki dia usahawan kot. Tahulah diorang berbisnes. Kak Siti tu pun usahawan. Dah tara legenda. Makan pun projek jerung la. Belakang tabir mana nak tunjuk semua. Aduh la.
“Saya rasa mereka tahu sahaja tu tapi biasalah kalau dah busuk hati. Tapi kalau mereka betul-betul tak tahu maka bodoh duduk dalam bubble idola sendiri sahaja.
“Tak perlu jelaskan kepada mereka yang tin kosong ini.
“Boleh kata sebab cemburu,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, pada tahun ini, Siti telah mengadakan beberapa siri konsert berskala mega antaranya di Kuala Lumpur, Singapura dan Genting Highland.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak semalam, foto-foto ‘meletop’ YouTuber popular, S. Pavithra yang tampil berbeza, tidak seperti lazimnya yang dilihat di YouTube sebelum ini mencetuskan sensasi di internet.
Youtuber berusia 28 tahun itu tampil dengan solekan menawan, stail berbeza lengkap mengenakan busana pereka fesyen terkenal khas dalam satu sesi fotografi yang dirakam @pinography.
Menerusi Instagram jurusolek Razzi Musa pula, dia ada berkongsi hasil sentuhannya pada wajah Pavithra selepas disolek bersama persalinan putih yang dipakai dari jenama Rizman Ruzaini.
Menerusi ruangan komen pada dua entri tersebut, peminat selain selebriti rata-ratanya memuji dan terpegun melihat hasil air tangan Razzi yang mencantikkan lagi wajah lembut Pavithra.
Sementara itu, penata gaya menerusi IGnya,@holyblackrapunzel yang bertindak sebagai ‘stylist’ Pavithra dalam sesi fotografi tersebut turut berkongsi foto berkaitan yang seterusnya mendapat reaksi positif ramai.
Dia pada masa sama di IG Stories menyifatkan Pavithra mampu memberikan ‘posing’ seperti gaya model.
Terdahulu, kisahnya bersama suami, M. Sugu mendapat perhatian di negara ini selepas video masakannya yang dimuat naik menerusi saluran Sugu Pavithra di YouTube tular sehingga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Alhamdulillah, suami menyokong meski awalnya dia agak ragu-ragu.” Demikian kata hos terkenal, Daphne Iking yang meluahkan rasa syukur selepas benar-benar berhijab sepenuhnya sejak Oktober tahun lalu.
Daphne Iking, 43, bagaimanapun tidak mahu menipu dan menjelaskan asbab dia mengenakan tudung adalah kerana mahu menutupi uban di kepala pada awalnya.
“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser dan sejak itu saya banyak terlibat dalam aktiviti kesedaran mengenai penyakit berkenaan. Rambut saya panjang dan berhasrat untuk mendermakannya kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.
“Tapi untuk berbuat demikian, tak boleh warnakan rambut atau lakukan sebarang perawatan kimia selama enam bulan. Dalam tempoh itu, saya mempunyai uban. Kalau berada di rumah, okaylah sebab ia hanya dilihat suami dan anak-anak.
“Kemudian kita sudah diberikan kelonggaran untuk keluar selepas penguatkuasan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan saya perlu hadiri satu majlis bertemakan warna ungu. Saya berdandan dan nak pastikan uban tidak terlihat, saya pakai turban.
“Tapi saya tidak ada turban warna ungu lalu pakai shawl saja. Bila pakai ia akan ‘terpeleot keluar’, saya jenis kasar. Saya pun kenakan topi selam (diving cap),” katanya.
“Proses itu berterusan sampai Ramadan dan bila tiba hari raya, rasa janggal buka tudung. Saya kembali berselendang ala gaya Grace Kelly. Seminggu kemudian saya pergi berenang dan berbikini. Tapi saya rasa ‘bogel’ sangat.
“Seganlah… sudah berumur nak pakai macam Halle Berry. Pergi pantai macam tu. Jadi saya pakai ‘baju diving’. Transisinya daripada situ kemudian saya beritahu suami untuk jual semua baju seksi,” katanya lagi.
Ditanya sejauh mana keselesaannya mengenakan hijab, Daphne senang tampil sedemikian kini.
“Rasa bogel kalau tak pakai. Oleh kerana saya turut kerap buat sesi temubual secara virtual, paling tidak saya akan sarung anak tudung dengan topi. Sekurang-kurangnya ia menutupi,” katanya lagi.
Akui bukan mudah istiqamah, pengacara asal Keningau, Sabah ini pada masa sama mahu menumpukan pengisian rohani terlebih dahulu dan terbuka sekiranya peminat menerima ia seadanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...