Bersempena ulang tahun kelahiran suaimi yang ke-30, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ada menitipkan ucapan istimewa buat Aliff Aziz
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendoakan agar suaminya terus menjadi seorang anak dan suami yang soleh serta mendapat rahmat Yang Maha Esa.
Bella turut berkongsi foto sambutan majlis hari jadi Aliff yang diraikan serba sederhana oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan di seluruh negara.
“I don’t even know how to put into words how much I love you Happy Birthday b, may Allah s.w.t bless you always and menjadi seorang anak yang baik to umi ayah, Abg yang baik to ayeen aisyah, suami yang baik, menantu yang baik, daddy yang baik untuk anak2 dan insan yang baik, InshaAllah.
“P/s: simple tapi balloon tu saya tiup sendiri tau Hope you like the present,” dedikasi Bella yang turut menyatakan rasa cintanya buat Aliff.
Aliff turut memberikan reaksi atas dedikasi yang diberikan menerusi ruangan komen.
Malah, peminat turut tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga ini seterusnya turut memberikan ucapan buat penyanyi asal Singapura itu.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016.
Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan bercerai pada Mei 2019 namun telah rujuk kembali semasa dalam tempoh iddah.
Selepas itu, Bella selamat melahirkan anak kedua mereka Ara Adreanna yang kini berusia 7 bulan.
Anak sulung kepada pasangan ini yang bernama Ayden Adrean pula sudah mencecah usia 4 tahun.
Foto: Instagram Bella Astillah