Isteri kepada penyanyi, Tajul Ariffin iaitu Nurul Shamieza Eddie berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Jelas Shamieza, kandungannya kini telah pun memasuki usia lima bulan dan dia berasa sangat bersyukur keran pada kali ini dia tidak mengalami sebarang alahan.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Shamieza menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @icaaeddie

 “Alhamdulillah 5 month ++ dah umur awak sayang  ‘Ya Allah peliharalah anakku selama di dalam kandunganku. Aminn’

“This pregnancy rasanya sama kod macam Carissa, Mommy Icaa tak ada alahan just mual dan tak ada selera sangat nak makan. Daddy yang dapat muntah muntah dan craving macam-macam tapi second baby ni rasa besar semacam, baru 3m pregnant dah macam 6m Carissa, and baby kicking semua dapat rasa cepat sangat,” tulisnya.

Ads

Dalam pada itu, Shameiza turut berjanji dia akan membahagikan kasih sayangnya sama rata terhadap dua orang anaknya nanti.

“Alhamdulillah Carissa paham mommy dia pregnant lagi, so dia jadi extra manja. BUT tak ada istilah nanti Carissa dah tak dapat manja dah, anak-anak mommy semua mommy sama rata ye, sebab anak first lah yang mengajar mommy jadi seorang mak, mengajar mommy sakitnya contraction itu dan macam-macam lagi hahahaha. Tapi end up next year muka aku lagi kat Labour Room. Alhamdulillah nanti carissa dapat adik dah.

Ads

“Next post Icaa share journey macam mana Ica detect Ica pregnant lagi, serious kelakar dan sedih sangat. Icaa doakan siapa yang masih menunggu baby, tahun 2021 dikurniakan cahaya mata aminn,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Shamieza.

Ads

“Daddy Yang Dapat Muntah-Muntah & Craving Macam-Macam,” – Isteri Tajul Ariffin Hamil Anak Kedua, Usia Kandungan Kini Cecah 5 Bulan “Daddy Yang Dapat Muntah-Muntah & Craving Macam-Macam,” – Isteri Tajul Ariffin Hamil Anak Kedua, Usia Kandungan Kini Cecah 5 Bulan “Daddy Yang Dapat Muntah-Muntah & Craving Macam-Macam,” – Isteri Tajul Ariffin Hamil Anak Kedua, Usia Kandungan Kini Cecah 5 Bulan

Terdahulu, Tajul dan Shamieza telah mendirikan rumah tangga pada tanggal pada tanggal 10 Disember 2017.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Adriana Carissa yang kini baru berusia setahun.

Sumber: Instagram Shamieza Eddie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI