Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-35, penyanyi dan pengacara, Aril Pilus ada berkongsi video kenangannya bersama Allahyarham abangnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Izwan Pilus.
Menurut Aril, video berdurasi 30 saat itu telah pun berusia hampir 10 tahun dan diambil sewaktu ulang tahun kelahirannya yang ke-25.
“Dah 10 tahun video ni tersimpan, terima kasih @pu3uraini sudi simpan video ni dalam labtop, ucapan ulangtahun saya yang ke 25 tahun yang di ucapkan oleh #Allahyarham #IzwanPilus 😂😂😂
Ads
“Terima kasih Abang Wan, dengan ini secara rasmi semua org tau “nama gelaran” yang arwah paklong bagi kat aku En Lop! Hahaha
“Terima Kasih semua atas ucapan ulangtahun saya yang ke 35 tahun, semoga anda semua dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Amin!,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program CCTV itu menerusi akaun Instagram.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu terhadap arwah Izwan selain turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat bintang Akedemi Fantasia musim ke-7 itu.
Ads
Terdahulu, Izwan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah.
Sumber: Instagram Aril Pilus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebutan semula kes selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang dijadualkan di Mahkamah Majistret di sini, esok, ditunda sekali lagi ke 12 Ogos depan.
Peguam pasangan itu, Haresh Mahadevan berkata, sebutan kes itu terpaksa ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang berkuat kuasa di Seremban.
“Mahkamah telah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini pada 12 Ogos depan atas alasan PKPD masih dikuatkuasakan di Seremban,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan tarikh asal pengurusan kes Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz itu, adalah pada 23 Jun, sebelum ditangguhkan kepada 15 Julai disebabkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.
PU Riz, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.
Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, dekat sini, pada 2 Mei lalu.
Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber : Utusan Malaysia, Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Johan Raja Lawak akui kekangan waktu disebabkan komitmen kerja selaku penyampai radio sedikit sebanyak memberikan cabaran sepanjang menjayakan filem Abang Long Fadil 3.
Menurut Johan atau nama sebenarnya, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz, ketika penggambaran, dia harus memberikan kualiti lakonan yang terbaik agar dia dapat dilepaskan lebih awal dan memudahkan urusan semua pihak.
“Cabaran ketika melakonkan filem ini adalah apabila saya mempunyai waktu yang sangat terhad disebabkan komitmen kerja bersama stesen radio. Jadi, saya perlu dilepaskan lebih awal.
“Setiap babak, saya kena bagi yang sehabis baik disebabkan saya kena pulang awal. Saya ada cakap dengan Syafiq, sepanjang aku ada dekat sini, kau henjut je aku. Alhamdulillah dia pun lepas cara baik.
“Bila dengan Zizan, selalunya babak itu akan jadi susah sebab kami perlu bertentangan mata. Kita memang tak putus gelak je di set lebih-lebih lagi bila babak berlawan.
“Namun, sepanjang shooting ini, kami sangat enjoy. Satu babak tu boleh jadi sampai tiga hari. Kadang-kadang saya pula yang kena ingatkan Zizan, ‘Zan dah pukul 5 pagi ni, nak gelak lagi ke?’. Pengarah pun terhibur sama dengan kami,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Ozlynn Wati ini juga mendedahkan dirinya sudah bersedia andai khidmatnya masih lagi diperlukan bagi francais filem Abang Long Fadil yang akan datang.
“Sebenarnya saya tak kisah pun. Segalanya bergantung kepada permintaan. Selagi saya berdaya, saya akan buat. Lagi pun, bila buat filem seperti ini, saya kena pergi training seperti kelas gimnas dan akrobatik.
“Babak aksi itu kebanyakkannya saya buat sendiri. Itu adalah usaha saya. Bila sekali kita dah setuju dengan harga, saya pasti akan bagi komitmen 120 peratus kepada pengarah.
“Kalau saya ditawarkan lagi, saya akan lihat dulu kemampuan saya untuk pergi latihan. Disebabkan latihan itulah yang membuatkan filem ini cantik,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya ada dia meletakkan harapan agar pihak pengarah mengadakan filem ‘stand alone’ bagi watak Chow Han, Johan memberitahu, segalanya bergantung kepada rezeki.
“Saya tak mahulah terlalu berharap. Apa yang saya buat, saya tak boleh nak harapkan pembalasan tetapi saya percaya setiap perbuatan itu ada balasan.
“Kalau diberikan tawaran satu hari nanti, kita boleh pertimbangkan. Ada rezeki, kita buat,” akhirinya.
Dalam filem ini, Johan turut bergandingan bersama isterinya, Ozlynn sebagai watak antagonis.
Terdahulu, filem komedi aksi ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 8 September ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed memanjatkan rasa syukur buat anaknya itu yang kini sudah pun selamat bergelar isteri kepada Haris Ismail, pada Sabtu.
Menerusi hantaran terkininya di Instagram pada Isnin, Kartini turut mendoakan yang terbaik atas masjid yang dibina, selain mengharapkan agar anak perempuannya itu menyerikan ikatan dengan senantiasa mentaati dan menyayangi si suami.
“Allahuakbar Allah Maha Besar, Segala Puji Hanya PadaMu. Syukur Alhamdullilah segala apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan dirahmati.
“Ya Allah, ikatan mereka dibina atas perancangan Mu, atas rencana Mu, Aku sebagai ibu mensyukuri apa yang telah Engkau rencanakan kerana Engkau adalah sebaik baik perancang.
“Wahai Anakku sayang @neelofa , taati dan sayangi lah suami Mu Haris dan serikanlah mahligai cinta mu setiap saat dan setiap waktu seperti mana Adam dan Hawa , Yusuf dan Zulaikha dan sepeti Engkau satukan Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah.
“Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak InsyaAllah,” tulisnya.
Kartini turut memohon doa kepada Allah SWT agar memberkati perkahwinan anaknya dan semoga dikurniakan zuriat yang baik.
“Ya Allah Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah.
“Doa Mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayang ku, berat tangan ini melepaskan mu sayang tetatpi ku tahu ini aturan yang baik buat mu kerana Allah kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbing mu ke jalan Allah.
“Mama sentiasa sayangkan love. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah,” tulisnya indah.
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya turut meninggalkan reaksi positif di ruangan komen.
Malah, Neelofa juga dilihat memberikan reaksinya.
Foto: Instagram Neelofa, Datin Noor Kartini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...