Isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi kisah dia kini kurang tidur kerana anak bongsunya, Yusoff Al-Qardawi tidak sihat dan meragam.
Namun, dia sedar itu semua adalah tanggungjawab seorang ibu malah berdoa agar kesakitan itu berpindah kepadanya pula.
“Muka dah 2 hari x tido malam sebab @yusoffalqardawi meragam x sihat tapi kalau jadi mak2 ginilah pengorbanan seorang mak.
“Tak tido pun x apa janji anak tido, x makan pun x pe janji anak makan, kalau boleh pindah kesakitan pun rasa nak pindahkan sebab x sampai hati tengok anak sakit,” tulisnya di Instagram.
Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ramai para ibu yang menyokong kenyataan Nur Shahida itu. Kebanyakan mengatakan bahawa ‘ibu mana yang sanggup melihat anak sakit’.
Sebelum ini, Nur Shahida ada berkongsi bahawa Yusoff sudah beberapa hari mengalami demam dan tidak lalu makan.
Foto/Instagram: Datin Seri Shahida