Gara-gara berkongsi foto dan video pendek yang merakamkan ‘perubahan’ pada wajahnya di Instagram baru-baru ini, pelakon Catriona Ross diselar sesentegah netizen menerusi ruangan komen.
Malah katanya seperti yang dipetik Berita Harian, ada yang memberi komen marah dan yang memberi tazkirah kerana dikatakan mengucap ciptaanNya.
“Saya pelik dengan sikap segelintir warganet yang begitu cepat melatah dan menilai hanya berdasarkan pemerhatian. Terlalu mudah mereka menjatuhkan hukum.
“Mengapa mereka tidak melatih diri supaya berprasangka baik terhadap orang lain? Jika begini sikap warganet, sampai bila-bila pun mereka akan terus mencari keburukan orang lain,” katanya seperti yang dipetik.
Bintang berusia 39 tahun ini bagaimanapun merasa lucu apabila membaca pelbagai komen yang diberikan netizen terhadap entri tersebut akan tetapi pada masa sama, ia secara tidak langsung menunjukkan sesetengah masyarakat kini begitu mudah untuk menjatuhkan hukum.
“Asalnya, saya hanya mahu berkongsi foto dan video wajah saya yang pelik selepas disunting menggunakan aplikasi popular.
“Saya sangkakan, pengikut akan ketawa melihatnya, tetapi sebaliknya pula berlaku. Ramai yang marah, malah memberi tazkirah pada saya kerana mengubah ciptaan Allah.
“Tidak sangka, semakin kita maju, semakin malas masyarakat mahu berfikir dan membaca. Semuanya sudah saya jelaskan pada keterangan gambar.
“Saya tidak terkesan dengan tanggapan mereka, cuma ralat kerana terlalu mudah segelintir masyarakat membuat kesimpulan hanya berdasarkan pemerhatian,” jelas Catriona yang tidak pernah terlintas untuk mengubah apa-apa di bahagian wajah
Terdahulu di dalam perkongsian terbabit, Catriona ada mengemas kini posting dengan memaklumkan, masih ada yang cepat menunding jari, menghakimi dan menghukum tanpa berusaha mencari kepastian meski sedikit pun usaha.
“Dah 4 hari post ni berlalu. Ternyata, manusia sangat cepat menuding jari, menghakimi dan menghukum tanpa sedikit pun usaha untuk mencari kepastian.
“Pada mereka yang pintar, tahniah, kerana you bijak menilai setelah meneliti video serta melihat foto-foto lain di IG i. Pada yang memberi tohmahan, belajar lah untuk lebih bijak lagi. Ramai yang belum maju lagi walau kita sudah di ambang 2020,” tulis ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Foto: Instagram Catriona Ross
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI