Fiza Halim ada berkongsi cerita perihal anaknya, Baby Aleena bersama pengikutnya di laman media sosial akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, pelakon itu memaklumkan anak ketiganya itu mengalami sakit cirit-birit selama 4 hari akibat keracunan makanan.
Selain itu, bekas anggota kumpulan Elite ini memberitahu bahawa dirinya turut mengalami situasi yang sama.
“Kesian Baby Aleena,dah 4hari tak lalu makan… cirit birit… rupanya kami terkena food poisoning. Mommy pun kena dah 3hari.
“Bestnya, jumpa doctor anak,mommy pun dpt ubat sekali,doctor bagi…. Tq Dr.Musa..,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat mendoakan agar kesihatan Fiza serta anaknya kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.
Sekadar infomasi, Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ferra Aryana, 12 dan Feyya Adyra, 11.
Dia seterusnya berkahwin dengan bintang Akademi Fantasia (AF), Adam pada September 2013 namun, tujuh bulan kemudian mereka bercerai.
Tiga bulan selepas itu, pasangan ini rujuk sebelum bercerai sekali lagi, setahun kemudian.
Selepas itu, Fiza diijabkabul dengan juruterbang syarikat penerbangan Malindo, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Baby Aleena yang kini berusia 2 tahun.
Foto: Instagram Fiza Halim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI