“Dah 8 Tahun Bersama, Malam Ni…,” – Sampai Keluar Rumah Pun Ada, Awal Ashaari Teruja Di Samping Isteri Sebab Apa?

Share

Pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sinonim sebagai pasangan yang serasi dan up-to-date dengan gaya fesyen tersendiri.

Menariknya, kedua-dua pasangan itu akan digandingkan bersama sebagai hos jemputan bagi program MeleTOP yang bersiaran langsung jam 9 

malam ini.

“Dah 8 tahun bersama, tonight is going to be our first time hosting together.. Kalau banter masalah rumahtangga tu biasalah sampai kekadang lari keluar rumah pun ada.. Tp jap lg kalau ada salah bual, panas tak nak lari keluar set pulak,” tulis Awal. 

Foto tersebut dimuat naik Awal ketika sesi latihan hosting sebelum bermulanya siaran langsung malam ini. 

Hos tetap bagi program hiburan sedemikian sebelum ini dikendalikan oleh Ahmad Nabil dan Neelofa. 

Apa-apa pun semoga Awal dan Scha dapat handle program ini dengan sempoi dan ceria! 

Jangan libatkan rumahtangga pulak! Hehehe.. 

Foto: IG Awal Ashaari

Published by
Amynur Akmal