Selebriti versatil, Elly Mazlein sekali lagi diundang sebagai hos bersama Nabil Ahmad menerusi program hiburan, MeleTop pada Selasa.
Di samping menemubual artis undangan seperti kebiasaan, peminat juga turut terhibur melihat gandingan dua bintang yang turut bersama-sama mengendalikan Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim musim kedua.
Menerusi Instagram, Elly yang selesa disapa sebagai Kak Lina turut berkongsi fotonya bersama Nabil sambil mendedahkan pelawak itu ada berkongsi cerita mengenai dunia dan akhirat.
“Bersama Hj Nabil @nabilzira mlm td la dik. Bersama dia banyak dia share hal Dunia yang sementara & akhirat. Tq Haji Nabil.
“Ya kepom kat London lg .. Nabil dtg singgah tengok kawan-kawan,” tulisnya humor sebagai kapsyen.
Bagaimanapun menerusi ruangan komen, para peminat masih lagi bercerita mengenai perut Elly yang didakwa seperti ‘baby bump’ selain menyatakan wajahnya kian berseri.
“Nabil dah kantoikan time Muzikal Lawak Superstar. Dah agak dah masa Nabil risau tengok Kak Lina hyper sangat,” tulis seorang peminat.
“Tahniah! Semoga selamat hingga ke akhirnya,” ucap seorang lagi peminat.
“Dah nampak dah baby bump. Berapa bulan dah ni. Moga dipermudahkan dan selamat melahirkan,” kata seorang peminat lainnya.
“Kak Lina cantik,” puji peminat.
Terdahulu, gelagat Elly yang didakwa sering mengusap perutnya ketika mengacarakan MLS beberapa minggu lalu mencetuskan spekulasi di kalangan netizen yang mendakwa penyanyi lagu Dusta Cinta ini sedang hamil anak kedua.
Foto: Instagram Elly Mazlein