Baru-baru ini, nama pelakon dan usahawan Abby Abadi menjadi perbualan segelintir netizen selepas kecantikan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim mendapat perhatian ramai.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mengakui tindakannya yang mengunakan foto wajah anaknya sebagai tujuan promosi perniagaan yang dijalankannya telah menerima reaksi pelbagai.
Ada yang suka dan ada juga sebaliknya. Namun, anggota kumpulan Elite ini tidak melatah, namun rileks saja memberikan reaksi.
“Dah tu asyik keluar gmbr anak je? Mentang2lah anak cantik Laaa, dah anak ni cantik nak salahkan siapa? Anak org lain pun ramai je cantik2 apa?
“Kitakan meniaga… apa salahnya suruh anak tlg jadi model utk brg yg kita jual? Kalau tak guna anak sendiri, Sy guna model lain keluarkan gambar, sama juga kan? Mencari2 salah tu kenapa? Eeeeeeeeee,” tulisnya.
Selain itu, pelakon berusia 43 tahun ini meluahkan rasa geram mengenai sikap segelintir yang seolah-olah gemar mencari kesalahan.
“Geramkan perangai org kita. Kalau mencari2 salah gini. Kita serammmm. Kita block kan je terus. Sebab yg perangai2 gini Menakutkan. Tanak kawan.
“Ada tu sampai maki hamun kata mcm2. Mmg tak terdaya nk membalas sbb kita byk kerja dari nk melayan dia.. Jadi blockk terus.. yeeha!!,
“Apapun ikhlas dari hati, Sy sayang Sahabat2 Sy disini. Yg selalu bersama. yg rajin sembang & rajin borak & sbgnya. Terima Kasih tau. Maaf juga kalau tak sempat nk bermesra2 dgn sorang2. busy selalu,
“Sy kerja kt rumah.. Jadi kalau sempat kita sembang2 ya.. Doakan kita semua tak terpedaya dengan dunia yg penuh pancaroba ni.. Skrg fitnah sana sini..Jaga diri & marilah membeli,” tulisnya lagi menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Abby dan Norman mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan memiliki tiga orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI