Baru-baru ini, penyanyi, Neeta Manisha ada memuat naik video cover tarian lagu terbaru kumpulan Kpop popular, Blackpink berjudul How You Like That di akaun Instagram.
Video tersebut dirakam bersama rakan artis, Didi Astillah selain disertai oleh dua orang lagi penari professional lainnya.
Bintang ini turut akui kagumi kumpulan berkenaan selain turut cabar diri menarik di lokasi publik.
“How You Like That @blackpinkofficial Dance Cover. First of all, Me & @didiastillah je yang bukan official dancer.
“Second of all, I LOVE BLACKPINK AND WE HAD SO MUCH FUN! I faced my fear of dancing in public 😂 but enjoy!
“Harap Blinks also enjoy our fun video,” tulisnya.
Bagaimanapun, Neeta berasa sedikit kecewa selepas ada individu yang menyifatkan tariannya seolah-olah ‘kayu’ meskipun terlebih dahulu menyatakan dirinya bukanlah penari professional.
Dah bagi statement im not a dancer pun adaa jugakk org bengong pic.twitter.com/b2nIQQ4WoG
— neeets (@neetamanis_) July 19, 2020
“Dah bagi statement im not a dancer pun ada jugakk orang bengong,” katanya.
Rasa kecewa tersebut dikongsikan oleh Neeta menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sakit itu turut mendedahkan bahawa dia sudah tidak tahan lagi dengan tindakan segelintir indivu yang gemar memberikan komen negatif di platform media sosial.
“Dont ask me to sabar, sabar is me blocking the user, but at some point, depa ni ketegaq, kena call out baru dia belajar.
“Paling SEDIHNYA (maybe bukan gmbar dia) but most of the comments are from girls in hijab, JANGAN SAMPAI AKU SEND COMMENT KAU DKT MAK AYAH HANG OI,” katanya lagi.
Terdahulu, Neeta baru sahaja melancarkan muzik video lagu terbarunya berjudul Hanya Mimpi pada Jumaat.
Sumber: Instagram Neeta Manis
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI