Aktres Rita Rudaini menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sukses di padang apabila muncul johan di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam dalam acara 100 meter, baru-baru ini.

Berita gembira itu dimaklumkan ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi hantaran terkininya di Instagram.

Ibu mana yang tidak teruja bangga apabila melihat permata hati yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi turut menjadi atlet yang hebat.

Ini kerana, anaknya yang mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar itu turut berjaya memecah rekod acara itu dalam tempoh 20 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Alhamdulilah, rezeki Ryan dapat wakil peringkat MSS. Ryan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ini dalam sukan olahraga pula. Insya-Allah mommy sokong!

“Ryan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam 100 meter dengan rekod baru 11.44s (rekod lama tahun 2004 11.58s ). Mommy proud.

“Rest well anak-anak..esok berjuang lagi hingga 22 haribulan ini. Good luck!!,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Serentak dengan kejayaan itu, rakan artis dan peminat turut sama menitipkan dedikasi serta ucapan tahniah di ruang komen hantaran yang dimuat naik.

Terdahulu, kisah Airit Rayyan yang memperoleh keputusan cemerlang dengan gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester baru-baru ini turut mencetuskan tular di media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI