
Pelakon Fattah Amin, berkongsi keadaan kesihatan anaknya, Nur Fatima Aisya, menerusi Instagram Stories.
Fattah memuat naik tangkap layar daripada akaun Instagram Fatima yang menunjukkan puteri tunggalnya sedang diberi ubat, menandakan dia dalam keadaan tidak sihat.
“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima, kesian Fatima tak sihat. Mohon doakan Fatima semua,” tulis Fattah.
Pertahan Fazura Dari Kritikan Netizen
Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan Fatima berkata ‘tak sayang daddy’.
Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan sebahagian mereka turut mengkritik bekas isteri Fattah, aktres Nur Fazura.
Fattah bagaimanapun tampil mempertahankan bekas isterinya dengan menegaskan Fazura telah membesarkan Fatima dengan cara terbaik.
Dia juga menegaskan bahawa netizen tidak mengetahui keseluruhan cerita dan tidak sepatutnya melemparkan komen berbaur negatif.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya. Namun, pada Oktober 2024, pasangan ini sah bercerai talak satu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memey Suhaiza Tiba-Tiba Terfikir Fasal Mak Waktu Sahur – “Tanpa Keredhaan Doa Ibu, Entah Kita Di Mana Hari Ini?”

Tidak dapat dinafikan, doa seorang ibu merupakan azimat dan doa yang terbaik kepada kejayaan anak di dunia mahupun di akhirat.
Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza ada menitipkan kata nasihat kepada pengikutnya.
Di samping meluahkan rasa rindu terhadap ibunya, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi menasihati agar orang ramai untuk sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.
“Alahai… rindu mak Jauh di mata selalu dihati Posted @withregram • @telekunghiqmah Doa Ibu Itu Ikhlas. Suci Tanpa Sedikitpun Cemburu Akan Dirimu
“Pagi tadi sambil sahur, tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Macam manalah keadaan kita ini yang berjaya ini tanpa azimat dari Ibu.
“Siapalah kita yang menjadi orang besar ini tanpa sentuhan seorang Ibu. Tanpa keredhaan Doa ibu entah kita dimana hari ini?
“Jom kita bersunyi sebentar di Subuh hari sementara menunggu mentari terbit mengenang tangisan doa ibu yang kita tak nampak. Yang dimana dia tahu dia tidak sebijak anak yang dilahirkan ini. Tetapi dia senyap-senyap berdoa untuk kejayaan dunia dan akhirat kita.
“Kepada yang masih ada ibu, Ucapkan terima kasih atas doa-doa mereka. Tanpa mereka siapa kita ini.Bagi yang tidak lagi punya ibu, Al-Fatihah dan amal soleh adalah sebaik-baik sedekah dari anak yang soleh dan solehah.#TelekungHiqmah #PastiAdaHiqmah,” tulisnya.
Sekadar informasi, Memey mendirikan rumah tangga bersama pelakon Norman Hakim pada 24 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Inilah Contoh…,”- Rakam Aktiviti Di Konti, Perkongsian Issey Fazlisham Tentang Nabil Ahmad Buat Ramai Kagum

Sekiranya kita punyai waktu yang terluang walaupun sekejap ketika di tempat kerja, rasanya perkara apa yang akan kita lakukan? Power nap, melayari internet dan sosial media ataupun bersembang dengan rakan-rakan sekerja?
Namun, alangkah lebih baiknya jika kita memanfaatkan waktu-waktu tersebut dengan memperbanyak amalan agama seperti berzikir ataupun membaca Al-Quran.
Sama seperti perkongsian daripada pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham, dia menzahirkan rasa kagum selepas melihat rakan seperjuangannya yang juga merupakan penyampai radio Era, Nabil Ahmad yang khusyuk membaca Al-Quran ketika sedang berehat daripada on air.
Menurut Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, seawal jam 7 pagi, Nabil memang rajin untuk mengaji di dalam konti.
“Jam 7 pagi, mari tengok Nabil buat apa? Mengaji dalam konti. Sebab itulah aku suka dan minat dengan Nabil punya perjuangan,” tulisnya.
Video tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio bagi segmen Gegar Pagi itu menerusi laman Tik Tok miliknya.
Katanya lagi, istiqomah Nabil di jalan agama ini akan sentiasa menjadi inspirasi buat dirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan rasa yang sama selain turut memuji usaha Nabil mencari waktu untuk membaca Al-Quran meskipun ketika di tempat kerja.
“Dia tahu agihkan masa untuk dunia dan juga akhirat. Pesanan untuk diri sendiri juga.
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Jika kita dah tanamkan rasa cinta kita pada Allah. Kita sanggup buat apa sahaja untuk Allah.
“Nabil ni buat kebaikkan tak menunjuk cuma kawan-kawan yang viralkan tu. Apapun terus istiqomah.
“Semoga penghijarahan saudara Nabil menjadi inspirasi dan motivasi kepada yang ingin menuju jalan reda Allah.
“Inilah contoh berjaya dunia akhirat. Cari dunia hanya dapat dunia. Cari akhirat dapat keduanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini video tersebut telah pun meraih hampir dua juta tontonan di aplikasi Tik Tok.
Terdahulu, Issey merupakan penyampai yang mengendalikan segmen Gegar Pagi di stesen radio Gegar bersama gandingannya Shah Gegar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Issey Fazlisham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Akhirnya…Meski Dah Berusia 34 Tahun,” – Sajat Tamat Belajar, Terbang Ke Lubnan Semalam Hadiri Majlis Konvo

Usahawan sensasi, Nur Sajat gembira menjelang hari konvokesyennya, 1 Julai depan.
Katanya kepada MH, dia gembira apabila cita-citanya untuk menggenggam segulung diploma akhirnya menjadi kenyataan.
Terdahulu, penyanyi Bobo di Mana ini mengambil kursus pendek dalam bidang dandanan rambut di sebuah kolej secara persendirian di Beirut, sebagai salah satu usahanya untuk memantapkan perniagaan salon rambut yang dijalankan.
“Alhamdulillah saya akan konvo di Beirut, saya ambil kursus pendek selama sebulan lebih. Saya akan konvo 1 Julai ini. Saya rasa sangat gembira kerana akhirnya dapat segulung diploma meski dah berusia 34 tahun.
“Saya dapat diploma dalam dandanan rambut tau. Jadi siapa nak buat rambut tu jangan risau jangan takut. Saya ada kepakaran, buat saja dengan kita,” seloroh Sajat.
Ditanya mengenai apakah yang menarik minatnya untuk meneruskan pengajian di negara orang dalam tempoh yang agak lama, Sajat ada jawapannya sendiri.
“Kita dalam bisnes, pemilik syarikat itu sendiri kenalah belajar. Tidak boleh harapkan pekerja semata-mata. Kalaulah dibuatnya pekerja lari ke apa, nanti ketua pula yang terkapai-kapai.
“Pada masa sama, saya sendiri memang ada niat untuk belajar dengan lebih serius kerana saya sendiri seorang yang gemarkan kecantikan, termasuklah pada rambut. Malah, ia suatu pengetahuan yang baik juga.
“Bukan saja dari segi stailing, tetapi juga dalam aspek penjagaan rambut,” katanya yang turut memberitahu, dia mahu berehat dari melancarkan sebarang lagu baru bagi memberi fokus terhadap perniagaan.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI