Rapper dan usahawan, Caprice mendedahkan rumah tangganya sekali lagi diuji apabila isterinya, Farra Inalis didakwa telah terkena gangguan sihir sehingga jatuh sakit dipercayai akibat perbuatan khianat individu tertentu.
Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, perkara ini sebenarnya sudah berlarutan sejak tujuh bulan yang lalu.
Katanya lagi, dia sudah pun berikhtiar dengan pelbagai cara namun, individu berniat jahat itu dikatakan masih lagi belum serik.
“Sebelum ni Cap fikir, selepas kahwin confirm ujian akan lagi kurang. Behind all the smiles, filters, and videos sebenarnye the past 7 months Cap melalui banyak benda baru yang kita kena manage dan cuba bantu isteri pulak.
“Dah berape kali ustaz datang berubat dia. Baru-baru ni ada pula tiga orang yang berani call dia tengah malam dan ganggu,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Takut itu menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram pada Selasa.
Ads
Tambah Caprice, hal ini sebenarnya membuatkan dirinya penat lebih-lebih lagi selepas seharian bekerja.
“Cap tak tahu kenapa ramai masih tak puas hati dengan isteri. I’m really tired to be honest. Nak hadam business 9 am-10 pm, lepas tu sambung dengan benda bukan-bukan sampai 3am-4am. I need help,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Caprice dan isterinya.
“Apa sahaja yang mereka lakukan, mereka kena tahu yang perkara ini akan dibalas di akhirat.
Ads
“Hanya Allah mampu bantu dan selain tu usaha pun boleh .
“Semoga dipermudahkan urusan dan keluarga Cap sentiasa dilindungi dari perbuatan khianat jahat aniaya manusia. Doa orang teraniaya ni Allah dengar dan pantas termakbul. Semoga terhindar dari kejahatan dan kesengsaraan dari hati manusia-manusia yang dengki.
“Orang yang juat selalu diuji. Semoga terus diberikan kekuatan dan letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Caprice dilihat menggenggam erat tangan isterinya sambil diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Ads
Baru-baru ini pula, Caprice mendedahkan isterinya sering mendapat gangguan mesej daripada individu yang tidak dikenali.
Sekadar informasi, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga mereka pada November tahun lalu.
Farra juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Caprice & Farra Inalis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia hari ini, penyanyi dan pelakon Elyana ada menitipkan ucapan kepada semua yangmenghidap penyakit berkenaan.
Elyana atau nama lengkapnya, Erneelya Elyana Emrizal yang turut memghidap kanser limfoma berharap agar kepada semua yang menerima ujian penyakit ini untuk terus cekal dan tabah.
Pada masa sama, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini juga berharap agar semua yangmemiliki senasib dengan dirinya untuk terus berjuang.
“Hadapi dengan senyuman Semua yang terjadi biar terjadi Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja.
“Bila ketetapan tuhan sudah ditetapkan,
Tetap lah sudah Tak ada yang bisa merubah
Dan tak akan bisa berubah.
“Selamat Hari Kanser Sedunia!!!!
Keep Fighting!!!!!,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata semangat kepada Elyana untuk terus cekal dan tabah selalu.
Sekadar informasi, Elyana pernah memaklumkan sudah menghidap penyakit kanser ini hampir 10 tahun dan kini berada di tahap kritikal.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Nordiana menjelaskan kes mahkamah yang masih berjalan tidak mengganggu fokusnya di dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang bakal memasuki minggu keempat saingan, Ahad depan.
Menurut Siti Nordiana atau Nana, bagi prosiding kes saman fitnahnya terhadap lima individu termasuk dua artis iaitu Lan Solo dan Syura itu sebelum ini, ia hanya melibatkan pengurusnya, Mohammad Al Anas Osman.
“Setakat ini ia tidaklah terlalu mengganggu memandangkan keterangan baru-baru ini tidak melibatkan saya, hanya Anas.
“Jadi saya memilih untuk tidak ambil pusing hal lain sebab sekarang tumpuan saya di sini (ASGV).
“Sekiranya saya perlu beri keterangan selepas ini pun, ia tidak menjadi isu dan saya tak rasa perkara itu boleh mengganggu tumpuan saya dalam pertandingan ini.
“Syukur, peminat pun faham dan sentiasa beri kata-kata semangat. Saya hanya mendoakan yang baik-baik,” katanya.
Terdahulu, pada 5 Oktober lalu, Anas memberitahu mahkamah bahawa kenyataan fitnah oleh lima individu berkenaan selebriti itu terlepas beberapa kontrak jenama terkemuka, pada November 2020.
Anas,39, berkata demikian ketika perbicaraan kes saman fitnah artis berkenaan yang dikenali sebagai Nana, di hadapan Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.
Menurutnya, surat pembatalan kontrak diterima selepas Siti Nordiana selaku plaintif menfailkan saman terhadap lima defendan itu.
Ditanya mengenai cabaran minggu duet minggu hadapan di ASGV, Nana bakal bergandingan dengan Amir Masdi menyampaikan lagu Ada Apa Dengan Cinta yang dipopularkan oleh Melly Goeslaw dan Eric.
“Bagi saya Amir seorang penyanyi yang mudah dalam memberikan kerjasama. Sebab bila kita mahu cari rakan duet, perkara tersebut memang perlu diambil kira juga.
“Saya juga tahu akan kemampuannya, dalam kita pun sedia maklum dia antara vokalis lelaki yang kian meningkat naik. Semoga persembahan kami nanti akan berjalan lancar, insya-Allah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas meraikan sedekad kejayaan rancangan tersebut secara fenomenal padatahun lepas, rancangan realiti nyanyian nombor satu Astro, ‘Gegar Vaganza’ (GV) kini kembali dengan permulaan baharu dalam musim kesebelasnya.
Menggandingkan artis-artis Malaysia, Indonesia dan Singapura yang pernah popular, musim ini kembali ke rumpunnya untuk terus menjadi platform yang menggamit semula zaman-zaman kegemilangan mereka dalam industri muzik.
Ia sekaligus mengubati rindu para peminat yang ingin melihat mereka bersinar semula di atas pentas dengan cabaran dan persaingan yang baharu. ‘GV11’ bakal bermula pada 24 November ini,jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
Vaganzers bakal menyaksikan himpunan penyanyi-penyanyi yang pernah viral atau evergreen terbaik di persada muzik tempatan bahkan nusantara berentap di ‘GV11’, mengilatkan kembali sejarah kegemilangan mereka dalam industri nyanyian.
Nama-nama yang dipilih merupakan bintang-bintang yang dikenali dengan kekuatan dan keunikan vokal, serta lagu-lagu hits yang masih terpahit dalam memori setiap penggemar muzik hingga kini.
Bintang-bintang ‘GV11’ terdiri daripada Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry dan Sheila Abdul.
Turut bersaing termasuk Arrora Salwa, Zehra Zambri, Ning Baizura, serta lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Limayang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif.
13 penyanyi solo dan sebuah kumpulan bakal meriuhkan kembali pertandingan realiti nyanyian tersohor ini dengan cabaran sengit dan kehebatan nyanyian masing-masing.
Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang.
Rancangan ini turut membawa kembali duo kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.
‘Gegar Vaganza 11’ akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Boxserta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu...