“Dah Berapa Kali Ustaz Berubat Dia, Ada Pula Call Tengah Malam Ganggu,” – Isteri Jadi Mangsa Sihir, Ini Pohon Caprice

Share

Rapper dan usahawan, Caprice mendedahkan rumah tangganya sekali lagi diuji apabila isterinya, Farra Inalis didakwa telah terkena gangguan sihir sehingga jatuh sakit dipercayai akibat perbuatan khianat individu tertentu.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, perkara ini sebenarnya sudah berlarutan sejak tujuh bulan yang lalu.

Katanya lagi, dia sudah pun berikhtiar dengan pelbagai cara namun, individu berniat jahat itu dikatakan masih lagi belum serik.

“Sebelum ni Cap fikir, selepas kahwin confirm ujian akan lagi kurang. Behind all the smiles, filters, and videos sebenarnye the past 7 months Cap melalui banyak benda baru yang kita kena manage dan cuba bantu isteri pulak.

“Dah berape kali ustaz datang berubat dia. Baru-baru ni ada pula tiga orang yang berani call dia tengah malam dan ganggu,” tulisnya.

Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Takut itu menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram pada Selasa.

Tambah Caprice, hal ini sebenarnya membuatkan dirinya penat lebih-lebih lagi selepas seharian bekerja.

“Cap tak tahu kenapa ramai masih tak puas hati dengan isteri. I’m really tired to be honest. Nak hadam business 9 am-10 pm, lepas tu sambung dengan benda bukan-bukan sampai 3am-4am. I need help,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Caprice dan isterinya.

“Apa sahaja yang mereka lakukan, mereka kena tahu yang perkara ini akan dibalas di akhirat.

“Hanya Allah mampu bantu dan selain tu usaha pun boleh .

“Semoga dipermudahkan urusan dan keluarga Cap sentiasa dilindungi dari perbuatan khianat jahat aniaya manusia. Doa orang teraniaya ni Allah dengar dan pantas termakbul. Semoga terhindar dari kejahatan dan kesengsaraan dari hati manusia-manusia yang dengki.

“Orang yang juat selalu diuji. Semoga terus diberikan kekuatan dan letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Caprice dilihat menggenggam erat tangan isterinya sambil diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Baru-baru ini pula, Caprice mendedahkan isterinya sering mendapat gangguan mesej daripada individu yang tidak dikenali.

Sekadar informasi, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga mereka pada November tahun lalu.

Farra juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Caprice & Farra Inalis

Published by
Aizam Manaf